BERGELAR anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia membuatkan ramai mencemburui Twinkle Khanna.

Selain mewarisi darah dan bakat lakonan ibu bapanya, isteri kesayangan Akshay Kumar itu juga cukup terkenal dengan kejelitaan beliau.

Biarpun usianya kini sudah menjangkau 48 tahun, namun kecantikan bekas bintang Bollywood terkenal itu masih terserlah.

Baca ni ‘Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.’ Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami

ytwinkle

Mungkin kejelitaan itu diwarisi daripada gen ibunya yang merupakan seniwati kebanggaan India, Dimple Kapadia.

Biarpun kelibat beliau sebagai anak seni sudah tidak lagi kelihatan usai mendirikan rumah tangga bersama Akshay Kumar pada 2001, namun aura pelakon filem Baadshaah itu masih kuat untuk terus diingati peminatnya.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup, pasangan bagai pinang dibelah dua itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar, 20, dan Nitara Kumar, 10.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

PENULIS BUKU TERKENAL

Biarpun sudah meletakkan noktah sebagai aktres, pemilik nama sebenar Tina Jatin Khanna dikatakan tidak suka duduk diam di rumah.

Sebaliknya, beliau cuba menunjukkan bakat sebagai penulis buku, bergelar usahawan dan juga pereka hiasan dalaman.

Bagi peminat setianya pasti tahu beliau merupakan penulis blog yang cukup popular.

Twinkle

Selain itu, beliau turut aktif sebagai kolumnis untuk Penganalisis dan Times of India dan penulis buku.

Untuk rekod, karya sulung Twinkle diterbitkan pada tahun 2015.

Sambutan yang cukup luar biasa diterima menerusi Mrs Funnybones membolehkan beliau mendapat pengiktirafan sebagai penulis wanita yang mencatat jualan buku paling tinggi di India pada tahun tersebut.

Kejayaan tersebut membuatkan Twinkle bertambah semangat untuk menulis. Maka, terhasillah buku kedua yang bertajuk The Legend of Lakshmi Prasad.

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

Twinkle

TERIMA ANUGERAH

Bakat luar biasa yang dimiliki figura berkenaan bukan hanya dalam bidang penulisan, bahkan menerusi laporan portal Livspace, beliau sebenarnya berkemahiran sebagai pereka hiasan dalaman.

Beliau membuka sebuah butik yang dinamakan The White Window. Ia dibina pada tahun 2002 bersama seorang rakan kongsi, Gurlein Manchanda.

Lebih menarik lagi, premis tersebut pernah menerima pengiktirafan Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa Elle Decor.

Iklan

Malah, Twinkle turut mendesain hiasan dalaman untuk kediaman selebriti Bollywood seperti Rani Mukherjee, Kareena Kapoor dan juga studio reka bentuk Poonam Bajaj.

 

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Twinkle

Bukan calang-calang orang rupanya Twinkle ni. Beliau juga dilantik sebagai mentor untuk Akademi Dalaman Institut Antarabangsa Reka Bentuk Fesyen dan pengasas bersama Grazing Goat Pictures.

Tidak terhenti setakat itu, wanita penuh karismatik itu juga dilaporkan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang fiksyen di Universiti London, United Kingdom.

Keputusannya untuk melanjutkan pelajaran ketika usianya hampir mencapai usia 50 tahun telah memberi inspirasi kepada orang lain.

Iklan

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

“Bagaimana rasanya kembali ke universiti pada usia memasuki 50 tahun? Kini sudah 9 bulan saya menghadiri kelas, siapa sangka saya meletakkan diri untuk menyiapkan tugasan, gred dan 1,000 cawan kopi ketika cuba fokus dalam kuliah.

“Pun begitu, saya tidak akan mendapat semua pengalaman baharu ini dan juga kawan universiti. Mereka wanita hebat yang boleh saya harapkan untuk membantu saya melalui tarikh akhir dan membuat saya ketawa semasa rehat makan tengah hari,” ujarnya menerusi kapsyen di Instagram miliknya.

Hebat betul Twinkle ni, memang sesuai dijadikan idola. Dahlah cantik, bijak dan kreatif pula tu!

Sumber: Instagram twinklerkhanna , cultureoeuvre.com & indianexpress.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang