PERNIKAHAN seorang lelaki di Indonesia baru-baru menjadi tular susulan memilih sebuah periuk nasi elektrik atau rice cooker sebagai teman hidup.

‘Pasangan’ yang dikatakan putih, pendiam, pintar memasak itu bagaimanapun telah diceraikan.

Menurut laporan Suara.com, perkahwinan pemuda yang dikenali sebagai Khoirul Anam ternyata tidak bertahan lama.

Alasan perpisahan adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu akaun Instagram dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

– “ Baru empat hari dah masak dengan perangai.”
– “Mungkin dia perlu kahwini Thermomix, boleh masak macam-macam.”
– “ Nasi hangit kot. Janganlah macam ni bang. Sebagai seorang suami anda kenalah didik isteri anda apabila dia melakukan kesilapan bukan talak terus.”

Baca juga Kumpul Duit Syiling Lebih 4 Tahun, Peniaga Jalanan Ini Mampu Beli Kereta Idaman Secara Tunai Buat Ramai Kagum

Iklan

Terdahulu, tular di laman sosial Twitter beberapa keping gambar yang memaparkan Khoirul melakukan akad nikah dan bergambar dengan periuk nasi yang dipakaikan tudung berwarna putih.

Namun, korang jangan salah faham pula, lelaki itu cuma bergurau sahaja.

Kebanyakan lelaki cenderung mengidamkan wanita yang pandai memasak dan berkulit putih sebagai isteri. Jadi, bagi mereka yang  mahukan wanita sempurna seperti itu disarankan berkahwin sahaja dengan rice cooker.

Iklan

Mungkin itu adalah sindiran sebalik gurauan sarkastik ini .

Sesungguhnya tiada makhluk yang sempurna. Setiap manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!