APLIKASI TikTok kini dilihat kian popular dalam kalangan masyarakat sekarang. TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Malah ada juga yang menggunakan aplikasi tersebut untuk hiburan dan mendapatkan tip terkini. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan aplikasi itu, semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana orang ramai perlu dikuarantin dalam rumah, aplikasi TikTok telah menjadi pilihan untuk dimuat turun dalam media sosial.

Penggunaannya yang canggih dan sangat mudah digunakan sesuai oleh semua peringkat umur termasuk dalam golongan selebriti dan juga profesional.

Biarpun begitu, pengguna aplikasi ini juga mampu menjana pendapatan menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna.

Salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.

Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini. Gadis baru berusia 16 tahun ini mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu.

Gadis 16 tahun buat duit lebih RM16 juta dengan TikTok

Malah menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion likes di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.

Selain daripada itu, laporan Celebrity Net Worth menulis, Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu posting tajaan di TikTok miliknya. Wow! Hebat bukan?

Difahamkan juga pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Ternyata ia satu yang cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun!

Hebat! Muda-muda sudah pandai curi peluang ‘buat duit’.

Iklan

Sementara itu, keluarga D’Amelio juga sebenarnya terkenal menerusi kelebihan masing-masing. Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.

Gadis 16 tahun buat duit lebih RM16 juta dengan TikTok

Selain itu, memiliki jumlah pengikut yang sedemikian di TikTok, Charli juga memiliki saluran YouTube dan bakal keluarkan buku tidak lama lagi.

Iklan

Jadi, buat korang yang masih mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan, tak salah rasanya untuk korang mencuba.

Jadikan kisah Charli sebagai inspirasi hebat untuk korang mencuba satu perkara baharu yang pastinya jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.

Semoga bermanfaat!