SEORANG gadis menerima pujian dan doa daripada warga maya apabila beliau menyelamatkan seorang remaja yang juga orang kelainan upaya (OKU) daripada dibuli.

Lebih membuatkan ramai kagum dengan Bianca Palomera, 19, apabila gadis itu reda dengan kehilangan upayanya melihat lantaran mata sebelah kanannya rosak .

Lapor WDTV, Palomera yang juga pembantu pengurus di The Habit Burger Grill di Antioch, California telah ditumbuk oleh sekumpulan pembuli remaja OKU ketika sedang cuba menyelamatkan mangsa.

Berdasarkan plot kejadian, wanita tersebut pada asalnya telah diarahkan oleh pengurus beliau untuk meminta salah seorang suspek untuk keluar dari kedai.

“Saya beritahu pembuli itu bahawa tindakan mengganggu kanak-kanak tersebut adalah salah kerana mereka adalah golongan istimewa.

Kredit foto: Bianca Palomera, KGO menerusi CNN

“Sebaik sahaja saya berkata begitu, saya diserang dan tumbukan kedua telah mengenai mata saya,” katanya.

Natijahnya, Palomera hilang upaya untuk melihat dengan sempurna.

Kes berkenaan sedang disiasat dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat lagi.

Baca juga: Gara-gara cemburu, wanita maut ditarik teman lelaki terjun tebing 25 meter

WANITA DIBULI

Bercerita tentang kekejaman terhadap wanita, SinarPlus ingin menyorot kembali beberapa kes-kes wanita dikasari oleh lelaki.

Kredit foto: Alex Green

Berikut senarai yang dipetik daripada beberapa sumber:

1. Wanita dipukul gara-gara tidak melayan seorang lelaki di Tangshan, China
– Seorang wanita yang sedang menikmati makanan bersama rakan-rakannya telah diganggu oleh seorang lelaki yang bertindak untuk memegang belakang badannya.
– Tindakan lelaki itu telah menyebabkan wanita berkenaan menolak untuk menjauhinya.
– Rentetan itu, mangsa telah dilempang sehingga menyebabkan rakan wanita terbabit turut dipukul oleh lelaki lain gara-gara mencuba menyelamatkan sahabat mereka.
– Kejadian itu telah menyebabkan dua orang mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

2. Seorang nenek ditendang oleh enam orang remaja dalam satu kejadian di Desa Panompuan, Kecamatan Angkola Timur, Kabupaten Tapanuli Selatan, Indonesia
– Enam orang pelajar sekolah menengah telah ditangkap kerana menendang dan memukul seorang warga tua dengan menggunakan kayu.
– Hasil pemeriksaan mendapati, kekasaran terhadap wanita tua berkenaan bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya pelaku pernah membulinya pada September lalu.

Kredit foto: Liza Summer

3. Wanita dikasari samseng jalanan pada jam 4 pagi di United Kingdom
– Tindakan seorang lelaki bertindak agresif terhadap seorang wanita telah dirakam menerusi CCTV.
– Suspek dikatalan telah menolak tubuh mangsa dan memukul dengan siku.
– Bagaimanapun, wanita malang itu berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki lain yang melalui lorong tersebut.

4. Lelaki lakukan serangan seksual dan menumbuk muka seorang wanita berhampiran laluan-laluan di antara kedai di Paris
– Kejadian berlaku apabila Marie Laguerre, 22, sedang menuju pulang ke rumah dan telah terserempak dengan seorang lelaki yang terus melakukan serangan seksual terhadapnya.
– Tindakan tidak sopan suspek telah menyebabkan Laguerre mempertahankan diri, namun beliau telah ditumbuk di depan khalayak ramai.
– Rentetan itu, satu undang-undang baharu akan diguna pakai oleh Parlimen Perancis untuk melindungi wanita iaitu denda minimum sebanyak RM422.

Kredit foto: Keira Burton

5. Wanita maut digilis teman lelaki di Tangshan, Hebei, China
– Seorang wanita dilaporkan dilanggar berkali-kali oleh teman lelakinya dengan kenderaan utiliti sukan sehingga terjatuh.
-Dua orang awam yang berada berhampiran cuba membantu mengeluarkan wanita berkenaan dari bawah kenderaan.
-Si pelaku berjaya diberkas polis tiga jam kemudian.

Iklan

Hal keganasan terhadap wanita sebenarnya telah menjadi duri dalam daging sejak dulu.

Namun, ia tidak boleh dipandang ringan. Sesuatu perlu dilakukan.

Antaranya, kuat kuasalah undang-undang yang lebih tegas dan lebih menggentarkan si pelaku.

Pesanan utk para wanita pula, jangan biarkan diri terus diperlakukan.

Tak salah kalau anda memilih untuk belajar ilmu seni pertahankan diri.

Iklan

Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

Baca juga: Pernah cekik, pukul anak, Angelina Jolie dakwa bekas suami panas baran dan kaki pukul

Kredit foto utama: Bianca Palomera, KGO menerusi CNN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi