SANGGUP tidur dengan mayat isteri yang dibunuh selama lebih 40 hari.

Bukan itu sahaja, disebabkan ketakutan, mayat wanita malang itu ditanam di dalam bilik tidur dalam rumah.

Itu kejadian mengerikan dan menggemparkan yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia seperti yang dilaporkan di beberapa portal tempatan di republik itu.

Tragedi itu bermula apabila isteri mangsa mati dicekik gara-gara meminta wang untuk membeli barang dapur. Aduh!

Wang yang dimintanya hanya RS150,000. Kalau convert dengan duit Malaysia, tidak sampai pun RM50 pun.

Susah nak jangka kerana barangkali hidup di sana sangat susah ditambah dengan masalah rumah tangga yang tidak berkesudahan walaupun kedua-duanya sudah berumur 65 tahun.

bunuh isteri

Kemudian, anak-anak mereka dikatakan tidak pernah balik jenguk mereka. Sedihnya!

Jiran-jiran berdekatan pula ingatkan pasangan suami isteri itu tidak mempunyai masalah. Namun, hakikatnya, tidak betul.

Kisah malang itu terbongkar apabila ketua kampung datang ke rumah mangsa kerana sudah lama tidak nampak kelibat pasangan itu.

Disebabkan pintu terkunci dari dalam, mereka redah sahaja dengan masuk melalui tingkap.

Bau busuk yang mencurigakan di dalam bilik membuatkan ketua kampung dan penduduk terkejut melihat lelaki itu sedang duduk mengelamun seorang diri.

Iklan

Apabila ditanya di mana isterinya, dengan selamba dia berkata, si isteri sudah lari dari rumah.

bunuh isteri

Namun, ketua kampung curiga dengan jawapan itu dan perlahan-lahan cuba mencari punca bau busuk. Akhirnya perbuatan durjana suspek terbongkar.

Iklan

Apa yang agak mengejutkan, pada malam lelaki itu mencekik dan membunuh isterinya, dia sempat lagi meronda kampung dengan penduduk lain. Macam tiada apa-apa yang berlaku!

Kes seumpama ini wajar dijadikan pengajaran. Jangan terlalu mengikut emosi kerana menyesal kemudian, tiada gunanya.

Usia tua yang sepatutnya diisi dengan aktiviti beribadah dan keluarga terpaksa dihabiskan di dalam penjara selama 15 tahun.

Sumber: Tribunenews