HANYA dengan satu kesilapan pada dokumen, wanita di Nevada, Amerika Syarikat ini secara tidak sengaja membeli 84 buah rumah bernilai lebih RM2 bilion.

Dengan hanya kesalahan menaip, wanita yang awalnya hanya membeli satu rumah secara tidak langsung memborong semua kediaman di kawasan perumahan tersebut termasuk dua ruang yang dikongsi dengan jumlah totalnya 86 buah hartanah.

Menurut media Reno Gazette Journal, kesalahan administratif itu membuatkan wanita yang tidak didedahkan namanya hanya perlu membayar USD$594,481 (RM2,649,007.34) iaitu harga sebuah rumah yang dibelinya.

Baca juga: [VIDEO] Murah selalunya & ‘seram’ dan bermasalah. Hati-hati beli rumah lelong

Bandar tersebut terletak di timur laut Reno, Nevada, Amerika Syarikat (Kredit foto: New York Post)

“Nampaknya Westminster Title dari Las Vegas mungkin telah menyalin dan menampal perihal undang-undang daripada pemindahan Toll Brothers yang lain ketika menyediakan surat ikatan [pembeli rumah] untuk direkodkan,” kata Timbalan Ketua Penilai Washoe County, Cori Burke.

Pada dokumen yang bertarikh 25 Julai 2022 itu, wanita berkenaan dinyatakan memiliki ‘Lot 1 hingga 85 … dan Kawasan A serta B.’

Baca juga: “Anak isteri patah hati bawa diri.” 1001 cerita pilu di sebalik kejayaan beli rumah lelong

Baca juga: “Benda boleh jimat kenapa beli mahal.” Rumah flat persis apartmen mewah, wanita kongsi tip deko bajet

Kesilapan itu mengakibatkan kerugian sebanyak USD$50 juta (RM2,22,975,000). Justeru, pihak pemaju perlu bekerja keras mendapatkan kembali hartanah yang telah berpindah milik.

Iklan

“Oleh kerana jelas kesilapan telah dibuat, bahagian penilaian kami menghubungi Westminster Title dengan serta-merta supaya mereka boleh mula berusaha untuk membetulkan rantaian hak milik untuk 86 hartanah yang dipindahkan secara salah,” sambung Burke.

Kesilapan ‘copy-paste’ sebegini menurutnya berlaku kerap. Dalam kes ini, wanita terbabit harus mengembalikan hak milik pemaju terbabit.

Sumber: New York Post, Daily Mail

Iklan

Baca juga: Teruja dapat beli kediaman murah, rupa-rupanya rumah tersebut lubuk pembunuhan warga emas, OKU

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan