GEMPA bumi melanda Jepun mengorbankan empat nyawa dan dua individu mengalami kecederaan serius, pada Isnin, menurut pihak berkuasa tempatan.

Susulan bencana alam itu, selain bangunan runtuh dan mencetuskan kebakaran, amaran tsunami turut dikeluarkan dan menggesa penduduk untuk berpindah terutama di kawasan pantai.

Gempa bumi tersebut berlaku pada jam 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) semalam pada kedalaman 10 kilometer (6 batu) di Semenanjung Noto wilayah Ishikawa.

Kawasan terkesan akibat gempa bumi di Suzu, Jepun

 

Amaran tsunami dikeluarkan apabila ombak dijangka mencapai sehingga 3 meter (9.8 kaki) dan gelombang itu dikesan sekitar 1.2 meter (3.9 kaki) di Bandar Wajima, kata penyiar awam Jepun NHK.

Sekurang-kurangnya 31 gegaran susulan akan berlaku berhampiran kawasan di mana gempa bumi itu berlaku.

Baca juga: Nyawa seperti di hujung tanduk; wartawan Sinar Harian kongsi keadaan Turkiye dilanda gempa bumi lagi 6.4 skala Richter

Pakar seismologi Amerika Syarikat Geological Survey, Susan Hough menyatakan gegaran susulan itu juga boleh berterusan selama berbulan-bulan.

“Gempa bumi 7.5 magnitud ini akan terus mengalami gegaran susulan lebih besar daripada enam magnitud, jadi ia akan menjadi bahaya,” katanya.

Pada 2011, gempa bumi berukuran 9.1 magnitud di timur Jepun mencetuskan tsunami dengan ombak 30 kaki yang merosakkan beberapa reaktor nuklear.

Baca juga:Nyawa seperti di hujung tanduk, wartawan Sinar Harian kongsi keadaan Turkiye dilanda gempa bumi lagi 6.4 skala Richter

Tambah Susan, secara perbandingan, risiko tsunami seperti 2011 berkemungkinan kecil berlaku tetapi penduduk yang tinggal berhampiran pantai dinasihatkan untuk berpindah.

Seramai 1,400 penumpang terkandas di dalam kereta api berkelajuan tinggi selama lebih 10 jam selepas gempa bumi menggegarkan wilayah itu, lapor Badan penyiaran awam Jepun NHK.

Selain itu, menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hayashi Yoshimasa, sebanyak 33,000 rumah terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

Iklan

Sebelum itu, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), satu siri gempa bumi kuat dan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.

Baca juga:5 tragedi kemalangan terburuk menggemparkan negara, fakta nombor 2 memang mengerikan

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh JMA untuk daerah Noto berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara berkenaan.

Sementara itu, Korea Utara turut mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai timurnya, memaklumkan ombak sehingga 2.08 meter boleh berlaku.

Manakala sebahagian pantai barat pulau Sakhalin dan wilayah Primorsk dan tanah besar Khabarovsk di Russia yang terletak berhampiran Jepun turut berada di bawah ancaman tsunami.

Iklan

Sumber : CNN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang