Gigih berbasikal ke hospital untuk bersalin, ahli Parlimen New Zealand ini buat ramai kagum
BAGI ibu-ibu yang mengandung, tempoh dua minggu terakhir adalah detik mencemaskan kerana bayi boleh dilahirkan pada bila-bila masa.
Segala persiapan dibuat termasuklah beg penuh kelengkapan bayi siap disimpan di bonet kereta sekiranya berlaku tanda-tanda untuk melahirkan anak.
Jadi, jika berlaku kejadian pecah air ketuban atau keluar darah, pasangan boleh terus bergerak ke hospital tanpa perlu mengemas barang-barang lagi.
Pun begitu, lain pula kisah seorang wanita yang sarat mengandung sanggup berbasikal ke hospital selepas berlaku kontraksi yang kerap.
Kisah kegigihan Ahli Parlimen New Zealand, Julie Anne Genter yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini membuatkan netizen kagum.
Apatah lagi, beliau selamat sampai di hospital dan bersalin anak keduanya selepas sejam kemudian.
Lapor bbc.com, ahli politik berusia 41 tahun itu bersama suaminya sedang berbasikal sebelum berdepan saat mendebarkan tersebut.
Memetik perkongsian dalam akaun Facebook, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi foto dan coretan ringkas mengenai insiden tersebut.
“Big news! Pada jam 3.04 pagi ini kami mengalu-alukan ahli terbaharu kami dalam keluarga. Saya jujurnya tidak merancang untuk berbasikal saat bersalin, tetapi ia terjadi.”
Jika diikutkan cerita, ahli Parti Hijau itu, mereka keluar dari rumah kira-kira jam 2 pagi untuk ke hospital sebelum berlaku tanda-tanda mahu bersalin.
Boleh jadi jarak antara rumah beliau dan hospital berhampiran, sebab itu jarak penunggangan dikatakan kira-kira 10 minit sahaja.
Rata-rata pengikutnya di Facebook tidak melepaskan peluang mengucapkan kata-kata tahniah atas kelahiran anak keduanya.
Terdapat juga komen berkongsi pengalaman bersalin yang tidak akan dilupakan seumur hidup.
Memang padan dapat anugerah ni! ??
Apa yang menjadi tumpuan adalah jenis basikal yang digunakan.
Apapun anda lakukan, basikal itu nampak hebat.
Basikal itu seperti bat mobile motorcycle dalam filem Batman - The Dark Night Rises.
Gigih bukan? Nasib baiklah tiada insiden buruk berlaku.
Jarang-jarang kita dengar kisah ibu yang sarat mengandung, masih larat berbasikal atau memandu sendirian ke hospital dalam keadaan sakit-sakit seperti itu. ??
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang