HAIWAN selalunya akan mengingati sesiapa sahaja yang berbuat baik padanya hingga ke akhir hayat.

Seekor gorila gunung yang pernah viral pada tahun 2019 kerana swafoto bersama pengasuhnya, telah mati pada usia 14 tahun.

Gorila yang dikenali sebagai Ndakasi maut akibat penyakit berpanjangan akhir bulan lalu, menurut kenyataan dari Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Kongo.

Ndakasi dan rakannya Ndeze bersama penjaga mereka, Bauma.

“Dengan kesedihan, kami mengumumkan kematian gorila gunung, Ndakasi, yang berada di bawah jagaan kami selama lebih dari satu dekad telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan pengasuh dan penjaga seumur hidupnya, Andre Bauma,” tambahnya.

Bauma difahamkan menyelamatkan Ndakasi selepas ibu gorila berkenaan mati dibunuh oleh kumpulan bersenjata di taman negara berkenaan.

Ketika ditemui, Ndakasi berusia sebulan lebih sedang bergantung pada tubuh ibunya yang telah mati.

Setelah diselamatkan, Bauma merawat dan membantu Ndakasi pulih daripada trauma kehilangan ibu.

Ndakasi dan Ndeze semasa kecil.

“Ia adalah satu peluang istimewa bagi saya untuk merawat Ndakasi dengan penuh kasih sayang, terutama mengetahui ia trauma pada usia yang sangat muda.

“Sifat dan kecerdasan Ndakasi membantu saya memahami hubungan antara manusia dan gorila dan mengapa kita harus melindungi mereka.

Iklan

“Saya bangga memanggil Ndakasi sebagai kawan saya. Saya menyayanginya seperti anak.

“Ia ceria dan senyum setiap kali saya berinteraksi. Ndakasi akan sentiasa dirindui oleh kami di Virunga,” kata Bauma.

Menurut taman negara itu, Ndakasi lahir pada era berbahaya bagi populasi gorila.

Iklan

Namun, langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa Kongo untuk melindungi spesies  berkenaan. Hingga kini bilangannya meningkat hingga hampir 50 peratus.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Insider