Hanya minum air hujan, 2 budak lelaki hilang 4 minggu di hutan Amazon ditemui selamat

A
A
A

DUA kanak-kanak lelaki yang telah hilang selama hampir empat minggu di hutan Amazon, Brazil ditemui selamat dan dibawa ke hospital.

Menurut laporan BBC, adik-beradik iaitu, Glauco, 8, dan Gleison Ferreira, 6, dilaporkan tersesat ketika cuba menangkap seekor burung kecil di hutan berhampiran Manicoré, negeri Amazonas 18 Februari lalu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Kanak-kanak tersebut ditemui seorang pembalak tempatan secara tidak sengaja pada 15 Mac lepas.

Kedua-dua kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan tetapi dijangka pulih sepenuhnya selepas dimasukkan ke hospital.

Sejak kanak-kanak itu hilang, ratusan penduduk tempatan telah menghabiskan masa berminggu-minggu mencari mereka.

Malangnya, budak lelaki itu hilang semasa musim hujan Amazon, yang mana aktiviti berjalan dan bergerak di dalam hutan lebih sukar daripada biasa.

Perkhidmatan kecemasan telah memutuskan untuk menghentikan pencarian pada 24 Februari namun penduduk tempatan terus berusaha mencari budak lelaki itu, menurut media tempatan Amazonia Real.

Setelah hampir empat minggu, mereka ditemui 6 km dari kampung Palmeira dalam rizab alam semula jadi yang dilindungi Lago Capan di mana kanak-kanak lelaki itu tinggal bersama ibu bapa mereka.

Baca juga Tarik 2 lori 10 tan dengan duduk di atas kerusi roda. Semangat lelaki OKU ini memang luar biasa!

Amazon

Seorang daripada kanak-kanak lelaki itu menjerit meminta tolong apabila terdengar seseorang menebang pokok berhampiran.

Apabila mendengar panggilan itu, lelaki itu mendapati dua budak lelaki itu terbaring di atas tanah, lapar dan lemah dan banyak lepuh pada kulit.

Menurut media tempatan, dua budak lelaki itu memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak makan apa-apa ketika sesat, hanya minum air hujan.

Selepas ditemui, Glauco dan Gleison dihantar ke hospital wilayah di Manicoré. Kemudian mereka dibawa dengan helikopter ke hospital lain di Manaus semalam, lapor Globo.

Baca juga Kejamnya! Bapa durjana paksa anak 6 tahun berlari atas ‘treadmil’ hingga maut

Ini bukan kali pertama manusia tersesat di hutan hujan Amazon.

Pada Januari tahun lalu, juruterbang Antonio Sena hilang selama 36 hari di salah satu bahagian terpencil Amazon Brazil selepas pesawatnya terhempas.

Sumber: Tribunnews

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang