DALAM dunia ini banyak perkara pelik yang ditawarkan kepada manusia dan dibayar dengan gaji lumayan.

Di Malaysia, pastinya yang paling popular adalah ‘bekerja’ sebagai Eksekutif Tidur dan kemudian mendapat wang.

Di luar negara, ada yang lagi ‘vazz’. Mereka cuma perlu duduk dan menonton jenayah sebenar sepanjang hari.

Upah yang diterima bukan biasa-biasa. Selepas 24 jam, peserta akan dibayar hampir RM10,000!

Baca juga 12 tahun menanti jadi ibu, 13 kali gugur, wanita nekad hamil akhirnya lahirkan anak pertama

Merujuk Times Now News, pendekatan tersebut merupakan kali ketiga yang dianjurkan oleh pihak MagellanTV dalam menawarkan pekerjaan tersebut. Kali pertama, pada tahun 2020.

Sebenarnya, bukan sekadar menonton, pihak laman web perkhidmatan penstriman tersebut mahu setiap calon yang dipilih meneliti kandungan jenayah sebenar sepanjang hari dan mendokumentasikannya dalam media sosial.

Selain wang, MagellanTV juga menawarkan langganan salurannya selama setahun secara percuma sekiranya calon dapat menyelesaikan tugas mereka.

“Calon ideal yang dimahukan mestilah hidup untuk jenayah sebenar iaitu boleh mengendalikan pembunuh bersiri yang paling bahaya, butiran yang mengerikan dan tidak berputus asa dengan hal paranormal yang menyeramkan,” katanya.

Lapor Times Now News, mereka juga akan memantau platform yang digunakan calon semasa mereka menonton dokumentari.

Baca juga Ini baru betul bertimbang rasa. Qatar umum waktu kerja 5 jam sehari sepanjang Ramadan

“Untuk calon yang berminat akan pekerjaan itu, mereka perlu menghantar video kepada laman web penstriman itu ‘mengapa anda sesuai untuk pekerjaan itu’ sebagai salah satu syarat permohonan,” lapor sumber berita itu.

10 PEKERJAAN PELIK LAIN

Jika kalian anggap, pekerjaan menonton dokumentari jenayah sudah pelik, berikut 10 lagi kerja yang boleh tahan seperti ‘susah nak diterima dek akal’ seperti yang dilaporkan yang dilaporkan theundercoverrecruiter.com:

i. Penghantar pizza secara scuba diving

– Perkhidmatan itu wujud disebabkan sebuah hotel bawah laut di Florida, Amerika Syarikat. Jadi, penghantar pizza akan menyelam skuba untuk menghantar pizza yang diisi dalam bekas kedap air kepada penghuni di hotel tersebut.

ii. Tukang cium bau

– Ia bertujuan bagi menguji keberkesanan produk baharu. Mereka akan diupah untuk mencium bau nafas, kaki dan ketiak secara sukarela.

– Ujian akan dilakukan setiap bulan ke atas mereka bagi memastikan penilaian bau mereka adalah tepat.

iii. Penguji makanan anjing

– Tugas mereka untuk merasai produk makanan anjing baharu termasuk tulang, daging hancur dan biskut.

– Mereka menguji rasa dan tekstur kemudian membandingkan makanan jenama anjing dengan makanan manusia.

iv. Pengumpul racun ular

– Tugas mereka mengumpulkan racun ular daripada ular yang beracun. Kemudian, racun disimpan di dalam balang untuk digunakan sebagai anti-racun dan ubatan.

v. Tukang menangis profesional

– Tradisi di Asia Tenggara percaya tangisan kuat membantu roh yang mati untuk pergi ke alam seterusnya. Maka, seseorang diupah untuk menangis dengan kuat sepanjang upacara pengebumian berlangsung.

vi. Penolak kereta api

Iklan

– Di Jepun, mereka akan memuatkan seramai mungkin dalam kereta api. Jadi, tugas pekerja adalah menolak orang masuk ke dalam kereta api sehinggalah pintu ditutup.

vii. Menonton Netflix

– Tugas calon adalah untuk menonton kandungan semua kandungan Netflix sebelum ia tersedia untuk orang ramai.

– Mereka juga perlu menyemak dan menetapkan setiap program mengikut tag yang betul bagi memudahkan penonton mencari genre atau drama yang mereka minat.

viii. Pemerhati cat yang mengering.

– Seorang lelaki di United Kingdom melakukan pekerjaan dengan menghabiskan masanya mengecat kepingan kadbod untuk menguji berapa lama campuran cat baru mengering.

– Beliau juga perlu perhatikan perubahan warna dan tekstur cat.

ix. Tukang tidur profesional

– Ini yang seperti yang ditawarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat antarabangsa.

Iklan

-Di Finland juga, sebuah hotel mengupah orang menguji keselesaan tidur di bilik mereka.

– Individu itu akan tidur di hotel yang berbeza setiap malam dan mengulas tahap kepuasan bilik tersebut.

x. Tukang rasa marmite

– Mereka bertanggungjawab untuk merasa marmite dari segi tekstur, konsistensi dan rasa yang betul.

Memang tugas mereka kadang-kadang kita rasa macam ringan dan ada juga pekerjaan yang agak kritikal.

Namun, sudah pasti upah yang diterima memang mahal. Admin kalau diberi tugas yang mudah pun sanggup terima 😉

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI