KISAH luar biasa seorang paderi terkenal di Australia, Gould David yang memeluk Islam baru-baru ini meraih perhatian seluruh dunia.

Masakan tidaknya, beliau sebelum itu mengabadikan diri dengan berkhidmat di gereja selama 45 tahun.

Baca ni ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!

paderi 2

Memetik laporan portal Muslim Telegraph, tindakan bekas paderi tersebut membuatkan ramai yang ingin mengetahui kisah disebalik pengislaman tersebut.

“Berita tersebut menarik perhatian dan mencetuskan perbualan kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya  (kembali kepada fitrah Islam),” katanya sebagaimana dipetik menerusi muslimtelegraph.com.

paderi

Baca lagi ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

Pun demikian, sehingga ke hari ini, belum ada pengesahan tarikh sebenar David atau nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould memeluk Islam

Dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam,” katanya.

paderi 1

Sekadar makluman, Abdur Rahman sebelum ini pernah mendapat penghormatan sebagai seorang paderi dalam komuniti Kristian di bumi kanggaru itu.

Iklan

Berita tentang saudara baharu tersebut turut menarik perhatian dunia. Rata-rata menitipkan ucapan menerusi media sosial masing-masing.

Baca juga Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang