MIMPI ngeri seorang wanita apabila kehilangan bukan sebelah sebaliknya hampir kedua-dua belah kaki dan tangannya selepas menjalani pembedahan membuang batu karang, pada Disember lalu.

Pesakit, Cindy Mullins, 41, melalui pengalaman gelap dalam kehidupannya namun cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ‘baru’ itu.

Mullins yang bekerja sebagai jururawat berkata, sejurus tersedar daripada ubat pelali, beliau mendapati doktor telah memotong sebahagian anggota badan dalam usaha menyelamatkan nyawanya selepas mengalami jangkitan.

Wanita berkenaan dikatakan menjalani prosedur elektif untuk mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang kanan.A

Akibatnya, berlaku renjatan septik dan anggota badan bertindak balas terhadap jangkitan yang berpunca daripada bakteria.

Lebih memburukkan keadaan, ia boleh merebak ke bahagian lain melalui aliran darah.

Disebabkan itu, ia boleh mengundang kepada kerosakan tisu dan organ dalam sistem itu sendiri selain mengancam nyawa.

Biarpun begitu, wanita hebat itu tetap optimis dan bahagia.

“Saya hanya mahu orang ramai tahu ini bukan kisah sedih.

Iklan

“Ini pengakhiran yang bahagia kerana saya masih hidup. Apatah lagi, saya dapat bersama anak-anak dan suami,” katanya.

Penderitaan ibu kepada dua anak itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Beliau sekali lagi dijadualkan menjalani pembedahan di hospital Universiti Kentucky, United Kingdom pada 7 Februari ini untuk memotong lengan bawahnya.

“Akhirnya yang ditunggu-tunggukan. Tolong doakan saya,” ujarnya.

Iklan

Menurut empunya diri, lengannya itu dikatakan ‘rosak teruk’ kerana tekanan darah menurun sangat rendah.

“Anehnya, saya tidak kecewa dan mempersoalkan apa yang berlaku. Saya juga tidak marah. Yang penting keluarga bersama saya,’ katanya lagi.

Sumber Daily UK