USIA belum lagi cecah 30 tahun tapi sudah boleh bersara awal.

Ya! Kalian boleh hidup senang-lenang kalau ada simpanan mencecah RM10 juta.

Bayangkan anda tak perlu nak bekerja keras lagi untuk jaminan hari tua apabila aset sedia ada boleh menjamin semuanya.

Itulah yang dikongsikan JP Livingston selepas berjaya membuktikan kemampuan diri dan bergelar jutawan muda pada usia 28 tahun.

Lapor CNBC dan Business Insider, latar belakang keluarga yang hidup susah membuatkan wanita hebat itu nekad untuk mengubah nasib hidup.

Memetik portal tersebut, Livingston tinggal bersama lapan ahli keluarganya di sebuah apartment satu bilik ketika kecil.

“Makan selalu kena catu sampaikan satu tahap orang kata, kalau saya kerja keras sekalipun, hanya standard sebagai pelayan kedai saja. Memang sedih!

“Sejak itu, saya tanamkan azam untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Ibu dan ayah juga ajar bagaimana pentingnya pengurusan wang dalam hidup,” katanya.

jutawan muda

Pemilik blog The Money Habit itu kemudian belajar selok-belok bidang pelaburan sejak berusia 12 tahun dan menamatkan pengajian dalam bidang kewangan hanya tempoh tiga tahun.

Bijak mencuri peluang, wanita itu kemudian bekerja di firma pelaburan dengan gaji permulaan sebanyak RM268,530.

Itu belum tambah dengan bonus akhir tahun yang dikatakan diberi jumlah yang sama sekali gus menjana pendapatan lebih RM447,550.

jutawan muda
SUMBER foto PEXELS.

Hanya expert dalam bidang pelaburan selama tujuh tahun, keuntungan simpanan beliau sudah mencecah tempoh matang kira-kira RM10 juta.

40 peratus datang daripada pelaburan manakala 60 peratus lagi hanya daripada simpanan semata-mata.

Baca juga Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Bijak betul pakar kewangan itu apabila mampu bersara awal pada usia masih muda.

Nasihat beliau, meskipun memiliki simpanan yang lumayan, namun hiduplah dalam keadaan sederhana.

jutawan muda
SUMBER foto PEXELS.

Kata Livingston, dirinya hanya tinggal di sebuah apartment kecil di bandar New York bersama suaminya.

“Berbelanjalah ikut bajet dan kena pandai dalam pelaburan yang boleh menguntungkan.

Baca juga Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

“Kita hidup dalam zaman teknologi. Peluang untuk menjana kewangan lebih baik dan fleksibiliti tambahan untuk bekerja dari mana-mana sahaja di seluruh dunia,” katanya.

Iklan

TIP BERJAYA

Berikut tip yang dikongsikan Livingston buat mereka yang mahu berjaya dalam bidang kewangan:

1. Set azam untuk capai pendapatan yang diinginkan pada umur yang ditetapkan sama ada mahu bersara pada usia 30-40 tahun.

jutawan muda
SUMBER foto PEXELS.

2. Tambah skil kemahiran untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Antaranya adalah mendalami ilmu pelaburan intensif.

3. Mula dengan blog tentang pengurusan kewangan peribadi sebagai hobi dan secara tak langsung, ia menjadi aliran pendapatan pasif hingga boleh mencecah hingga RM278,940 hanya untuk lima jam menulis dalam seminggu.

Baca juga Anak nelayan bergelar jutawan, ini kisah Utari Octavianty yang bangunkan laman web dagangan ikan

Tidak dinafikan, dunia kewangan membawa duit mudah jika kita bijak membaca trend pelaburan.

Iklan
jutawan muda
SUMBER foto PEXELS.

Jika bernasib baik, wang simpanan menjadi berganda dan mencecah jutaan ringgit.

Untuk mencapai semua itu, memerlukan skil, trick dan pengalaman. Ia bukannya semudah ABC ya.

Justeru, buat anak muda yang sukakan bidang kewangan, belajarlah rajin-rajin dan set target untuk diri sendiri.

Moga kisah Livingston menjadi inspirasi buat kita semua.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.