Hilang tanpa jejak selama 4 bulan, pemilik kucing terkejut Luna rupanya terperangkap di stor hotel sejauh 480km


PENCINTA kucing pastinya faham bagaimana perasaan kasih sayang terhadap haiwan yang comel ini.
Kadang-kadang perlu berbahagi cinta dengan anak sendiri. Dilayan bagaikan raja dan permaisuri.
Apabila kucing kesayangan hilang, sudah tentu pemilik akan berasa tak keruan. Seperti orang putus cinta. Makan tak kenyang dan mandi tak basah. Inilah yang berlaku pada Sophie Carty dan pasangannya yang mana kucing peliharaan mereka bernama Luna hilang tanpa dikesan.
Pada November 2024, Sophie memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya tentang berita kehilangan Luna dan memohon bantuan orang ramai untuk menghubunginya jika terjumpa Luna di mana-mana.
Sophie rasa kecewa dan sangat sedih dengan kehilangan kucing tersebut. Hampir putus harapan lepas berminggu-minggu mencari tetapi tidak dijumpai. Selepas empat bulan, Sophie tiba-tiba mendapat panggilan mengatakan Luna masih hidup. Terperangkap dalam stor sebuah hotel. Seseorang menemuinya di situ dan membawanya ke klinik haiwan.
Si bulus berkenaan mengalami kekurangan zat makanan, jangkitan, dan disyaki ada kerosakan saraf. Keadaannya ketika itu sangat lemah. Sophie tidak tahu bagaimana haiwan kesayangannya itu boleh berjalan jauh sehingga 480 kilometer dari rumahnya di England. Mungkin ada orang yang membawanya ke tempat lain atau pun dia tersesat menaiki mana-mana kenderaan.
Sophie yang tidak mampu menahan rindu, segera menaiki kereta menempuh perjalanan yang memakan masa enam jam untuk ke Scotland bagi membawa pulang Luna.
Malam pertama Luna balik ke rumah, dia memang sangat lemah, kelihatan letih dan seperti lumpuh bahagian belakang badan. Pemeriksaan berkala dan rawatan di klinik haiwan, memberikan sinar baru apabila si comel itu kembali sihat seperti dahulu.
Pemakaian mikrocip pada badan Luna amat membantu Sophie bertemu semula dengan kucing kesayangannya. Klinik haiwan yang merawat Luna pada awalnya mengimbas mikrocip tersebut dan berjaya menghubungi Sophie.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang