IBU bapa adalah insan yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi permata hati mereka. Namun entah ke mana hilangnya sifat pengasih hingga jasad bayi lima bulan yang tidak bernyawa tergamak ditinggalkan begitu sahaja.

Kehadiran cahaya mata didambakan setiap pasangan yang berkahwin.Tergamaknya sepasang suami isteri di negara jiran ini apabila sanggup meninggalkan jasad bayi mereka.

Menurut Tribunnews, mayat bayi lelaki itu dibiarkan membusuk di sebuah rumah di Wonocolo, Surabaya manakala si ibu ditetapkan sebagai suspek utama.

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Lebih menyedihkan, selepas bayi itu tidak lagi bernyawa, si ibu dan bapa tergamak meninggalkan jasad bayi itu begitu sahaja untuk menghadiri sebuah acara di Jogjakarta.

Pesuruhjaya Polis Surabaya, Roycke Hendrik Fransisco mendedahkan suspek yang berusia 26 tahun disyaki melakukan keganasan terhadap mangsa.

Sejumlah kesan lebam pada beberapa bahagian badan mangsa bermula dari belakang kepala ke belakang menimbulkan keraguan.

Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan keputusan bedah siasat.

“Bukan hanya sekali (kekerasan), tetapi sudah berkali-kali sebelumnya,” katanya.

Hasil bedah siasat telah dipadankan dengan hasil siasatan polis mendapati mangsa meninggal dunia sejak Selasa lalu.

Ia bermakna mangsa meninggal dunia lima hari sebelum kematiannya dilaporkan oleh ibu suspek (nenek mangsa) iaitu pada malam Sabtu.

Roycke berkata, suspek mencampakkan mayat kecil mangsa ke belakang dari tepi ke tengah tilam di tingkat dua rumahnya.

Perlakuan kasar itu difahamkan berlaku sebanyak dua kali. Merasakan bayi itu masih tidak diam, suspek dikatakan memusingkannya supaya meniarap dan kemudian memukul bahagian belakang menggunakan tapak tangan.

“Suspek berpusing dan memukul mangsa dan akhirnya dia kaku. Suspek kemudian meninggalkan rumah dan mengamanahkan bayi itu kepada neneknya,” jelasnya.

Baca juga: Ditumbuk, tekap seterika, cucuh puntung rokok, berikut antara tiga kes dera bayi paling tragis

Berkenaan status perkahwinan suspek, Roycke mendedahkan bahawa suspek telah berkahwin dengan suaminya dengan lima tahun lalu.

Iklan

Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, status perkahwinan antara pasangan itu adalah dirahsiakan.

Malah bapa mangsa tidak mengetahui tindakan keganasan yang dilakukan suspek terhadap anak mereka.

“Kes ini boleh membawa kepada hukuman penjara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

NENEK BERMALAM DENGAN MAYAT BAYI

Iklan

Lebih memilukan, lapor Tribunnews, nenek bayi berkenaan pasrah untuk tidur bersama jasad bayi berkenaan selama lima hari kerana bimbang dibunuh anaknya.

Nenek mangsa diugut bunuh oleh anaknya sendiri sebelum wanita berkenaan meninggalkan jasad bayi berkenaan ke Jogjakarta.

Namun selepas beberapa hari, jasad si cucu semakin membusuk dan bertukar kehitaman. Malah haiwan parasit juga mula hadir menyebabkan warga emas itu nekad melaporkan kepada polis pada hari kelima.

Baca juga: ‘Aku hapuskan 3 bayi lagi dan tanam belakang rumah’ – Pengakuan banduan selepas dijel 25 tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.