SUDAH menjadi kelaziman, ibu bapa pasti akan mencari nama yang paling baik untuk anak-anak yang bakal lahir.

Ada yang suka dengan nama yang ringkas, unik dan tidak kurang juga gemar meletakkan nama yang mempunyai makna yang bagus dalam Islam.

Bukan apa, nama yang diberikan akan kekal buat selama-lamanya, begitu juga dengan nama panggilan.

Baca juga Anak darjah 3 dapat surat cinta melampau, lakaran tidur atas katil bikin berderau

Namun apa yang terjadi kepada kepada seorang wanita, Britney Budhi, 29, sangat pelik.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, pendekatannya macam tidak kena, tetapi Budhi telah memberi nama timangan ‘monyet’ kepada anak perempuannya, Teyana yang baru lahir.

Beritahunya kepada Daily Star, Teyana dilahirkan dengan bulu yang lebat di bahagian belakang badan dan tangannya.

Lapor Daily Star, pendandan rambut itu memberitahu, beliau tahu kemungkinan bahawa bayinya akan lahir dengan bulu badan yang banyak, cuma tidak menyangka ia betul-betul terjadi.

“Apabila Teyana dilahirkan, saya sempat bergurau bahawa dia kelihatan seperti monyet kecil. Segelintir netizen mengatakan panggilan yang diberikan kejam, tetapi saya menganggap ia sesuatu yang sangat comel.

“Malah sekiranya dia dilahirkan dengan bentuk yang lain, Teyana tetap menjadi kanak-kanak yang paling comel dalam dunia,” katanya sambil memberitahu, si kecil itu lahir pada September tahun lalu, tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

FENOMENA LANUGO

Mengikut laporan Daily Star, Teyana mempunyai rambut hitam yang lebat dan bulu halus yang menutupi keseluruhan badannya.

Difahamkan, ia terjadi disebabkan faktor beratnya yang ringan iaitu 2.2 kilogram sahaja.

Iklan

Dari segi perubatan, kondisi itu dinamakan sebagai lanugo iaitu bulu halus yang menutupi bayi semasa di dalam rahim, tetapi kadangkala ia (bulu) akan muncul ketika bayi yang lahir pramatang.

Bagaimanapun, bulu yang tumbuh akan gugur dengan sendirinya dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Budhi dikatakan mengalami kemurungan selepas bersalin.

Sukar untuknya menerima apabila anak kesayangannya terpaksa ditempatkan di Newborn Intensive Care Unit. Namun akhirnya, bayi itu dibawa pulang ke rumah.

Lapor Daily Star lagi, Britney telah menggunakan laman TikTok untuk berkongsi tentang kehadiran ‘monyet kecilnya’ dengan dunia.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, beliau terkejut apabila ramai netizen mengatakan gelaran itu tidak patut dan biadap.

Beliau membalas balik kata tohmahan yang dilemparkan warga maya kepadanya dan menegaskan beliau tidak pernah berfikiran yang bukan-bukan tentang anak perempuannya.

Hmmm…apa-apa je lah…Bagi SinarPlus, Teyana bayi yang comel. Tak perlu panggil monyet. Nama Teyana tu pun dah best!