TIDAK merestui pernikahan anak lelaki dengan bakal menantu, seorang ibu di Mexico melakukan tindakan nekad dengan mengupah orang untuk menyimbah cat merah pada gaun pengantin perempuan.

Memetik laporan Wolipop, wanita tersebut membayar tiga individu untuk berbuat demikian.

Meskipun menghadapi pelbagai halangan dari pihak keluarga lelaki, pasangan tersebut akhirnya dapat melangsungkan pernikahan di kota Ciudadd Obregon, Sonora, Meksiko, pada 17 Februari lalu.

Kisah mereka menjadi tular baru-baru ini, selepas video memaparkan gaun yang dipakai oleh pengantin wanita ‘rosak’ gara-gara simbahan cat pada hari bahagia pasangan itu.

Pengantin wanita berkenaan dilihat mengenakan gaun putih sambil memegang sejambak bunga mawar merah, berjalan dengan pakaian yang dikotori dengan cat.

Bahagian belakang gaun pengantin wanita itu dipenuhi dengan cat merah.

Iklan

Beberapa orang yang berada di lokasi kejadian mengatakan, ada tiga orang muncul secara tiba-tiba ketika pengantin wanita berada di luar gereja, sebelum upacara pernikahan dimulakan

“Para (tetamu) merakam aksi pelaku sebagai bukti ada pihak mengupah individu terbabit,” tambah sumber itu.

Iklan

Keluarga pengantin lelaki mencuba berulang kali untuk menghalang pasangan itu untuk menikah.

Ibunya didakwa mengupah orang tidak dikenali untuk mengotorkan gaun pengantin wanita tersebut.