Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu 'keperluan' - CEO Pfizer

A
A
A

"ORANG ramai perlu mendapatkan dos vaksin Covid-19 keempat untuk dilindungi daripada virus itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla baru-baru ini.

Bourla berkata demikian ketika sesi temu bual di rancangan "Face The Nation" CBS, Ahad lalu apabila ditanya sama ada rakyat Amerika boleh mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 tahunan setiap kali musim gugur.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

"Ia (suntikan dos keempat) adalah perlu untuk kebanyakan orang," ujarnya.

Katanya, suntikan dua dos awal ditambah penggalak (booster) tidak dapat melindungi masyarakat daripada varian yang ada dan berkurangan terlalu cepat dalam sistem imuniti badan.

"Pada masa ini, perlindungan yang diperolehi daripada suntikan ketiga sudah cukup baik. Namun untuk kemasukan ke hospital dan kematian, tidak begitu baik terhadap jangkitan kerana tidak bertahan lama," katanya.

Menurutnya, Pfizer dan syarikat lain sedang mengusahakan dos vaksin yang akan melindungi daripada sebarang varian masa hadapan.

"Omicron ialah varian pertama yang dapat mengelak 'serangan' imunisasi yang kami berikan, tetapi tempoh perlindungan tidak bertahan lama.

"Apa yang kami cuba lakukan dan kami sedang berusaha dengan sangat gigih sekarang ini adalah untuk membuat bukan sahaja vaksin yang akan melindungi daripada semua varian termasuk Omicron, tetapi juga sesuatu yang boleh melindungi sekurang-kurangnya setahun," ujarnya kepada pengacara program, Margaret Brennan.

Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu 'keperluan' - CEO Pfizer

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: nypost

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang