Indomie kehilangan orang kuat, Nunuk Nuraini buat ramai peminat sedih

A
A
A

BERITA sedih buat penggemar makanan mi segera popular, Indomie apabila pencipta perisa tersebut, Nunuk Nuraini dilaporkan meninggal dunia pada 27 Januari lalu.

Pemergian figura kulinari terkenal Indonesia itu mengundang sebak warganet selepas ramai berkongsi keenakan mi segera itu yang banyak meninggalkan memori dan boleh dikatakan makanan wajib ketika kesempitan hidup.

Perkongsian warganet mengenai kehilangan orang kuat di sebalik salah satu perusahaan mi segera terbesar di Indonesia itu, PT Indofood Sukses Makmur TBK tular menerusi semua platform media sosial.

Mereka antara lain menyifatkan Allahyarhamah seorang pahlawan!

Beberapa ciapan menarik perhatian SinarPlus. Antaranya daripada Laila Dimyati yang berkata:

indomie

Memang tidak dinafikan, jenama Indomie bukan sahaja terkenal di Tanah Seberang, bahkan mempunyai peminatnya di Malaysia dan di seluruh dunia.

Mengenali lebih mendalam siapakah Allahyarhamah Nunuk Nuraini, wanita yang mengabdikan diri selama hampir 30 tahun sebagai pakar rasa di dalam perusahaan mi segera itu bukan biasa-biasa.

Merujuk laporan jogja.tribunnews.com, Allahyarhamah merupakan graduan Universiti Padjajaran Bandung dalam jurusan Teknologi makanan dan bertanggungjawab dalam penyediaan perisa mi segera keluaran syarikat terbabit.

Hebat bukan air tangannya? Padanlah, mi segera kebanggaan Indonesia itu menjadi pilihan mi segera yang mendapat permintaan tinggi di dunia.

Merujuk kepada artikel Lucas Kwan Peterson, pengkritik makanan yang disiarkan dalam latimes.com, Indomie menduduki ranking pertama dalam L.A. Times Instant Ramen Power Rankings 2019.

indomie

Mi segera berperisa ayam barbeku berjaya menawan hati peminat makanan segera seluruh negara itu, malah ada beberapa perisa keluaran syarikat sama mengungguli carta bersama seperti Indomie Mi Goreng.

Pun begitu, mi segera keluaran negara pun tidak kurang hebatnya. Mykuali (Penang White Curry) menduduki tempat kedua dalam carta tersebut diikuti Ibumie Mi Goreng (Curry Kapitan) yang terletak pada tangga kelima.

indomie

Ramen keluaran Korea Selatan pun ada tersenarai juga. Tidak kira apapun jenama yang menjadi pilihan, jangan terlalu taksub ya kerana banyak kajian antarabangsa menunjukkan makanan ringan seumpama itu punca penyakit kronik.

Bukan kata tidak boleh makan, kalau boleh jangan selalu ya. Memang sedap sajian mi segera yang dimasak dengan isi melambak seperti isi ayam, udang, sotong, sayur-sayuran dan dimakan panas-panas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang