PERBEZAAN fizikal bukanlah ukuran untuk manusia saling mencintai dan menyayangi, apatah lagi kuasa jodoh itu lazimnya terletak pada hati berbanding rupa paras.

Begitulah bertuahnya wanita kelahiran kelahiran Salinopolis, Brazil, Elisane Silva, yang merupakan wanita tertinggi di negara itu dengan ketinggian 210 sentimeter (cm)

Masakan tidak, dengan fizikal sedemikian model tersebut bertemu jodoh dengan Francinaldo Da Silva Carvalho, setinggi 162cm, jurang perbezaan ketinggian yang besar.

Memetik laporan Daily Mail, Elisane berusia 26 tahun mula menyedari ketinggiannya berbeza berbanding rakan sebaya dan ahli keluarga pada umur 10 tahun.

Pada ketika itu, ketinggiannya sudah mencapai kira-kira 170cm dan terus meningkat sehingga dewasa.

Keunikan dialami wanita itu dikatakan tiada kaitan dengan faktor genetik. Ibunya, Ana Maria Ramos hanya berketinggian 160cm manakala bapanya, Luiz Jorge pula 170cm.

Kelainan ibu kepada seorang cahaya mata itu berlaku disebabkan ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mana ia meningkatan penghasilan kadar hormon pertumbuhan (GH) atau Gigantisme.

Implikasinya ketinggian Elisane sentiasa bertambah. Pun begitu, keistimewaan dimiliki bukanlah penghalang untuk beliau melayari bahtera perkahwinan.

Biarpun sering diejek wanita ‘gergasi’ dan ‘menara’ dalam kalangan rakan-rakan sehingga hampir berhenti sekolah, tetapi hari ini Elisane antara wanita terbahagia.

Tidak seperti kebanyakan manusia tertinggi di dunia yang mengalami kesukaran bertemu jodoh, namun Elisane berjaya menemui cinta sejati pada tahun 2011.

Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Elisane bersama ibunya dan keluarga mentua.

Elisane dan Francinaldo telah mengambil keputusan untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2015.

Meskipun memiliki perbezaan ketinggian pasangan itu kekal serasi dan kini dikurniakan cahaya mata lelaki berusia tiga tahun.

Dimaklumkan, ketinggian anaknya, Angelo kini hampir mencecah 100cm.

Elisane berpendapat anaknya akan membesar seperti kanak-kanak normal kerana keadaan yang dialaminya tidak dapat diwarisi.

Iklan

Baca juga Dulu Gelandangan Bawah Jambatan, Kini Jadi Model Terkenal

Bagaimanapun, ibu muda itu berlapang dada sekiranya Angelo turut mengalami masalah sama.

“Saya rasa ketinggiannya seperti kanak-kanak normal. Jika sebaliknya, maka dia perlu menerima keunikan yang dianugerahkan,” katanya lanjut.

Apa itu Gigantisme?
– Gigantisme adalah pertumbuhan luar biasa disebabkan terlebih hormon pertumbuhan (GH) semasa kecil.

Iklan

– Ia menyebabkan pertambahan tinggi, otot dan organ yang ekstrem menjadikan ketinggian kanak-kanak tidak seiring usianya.

– Antara masalah kesihatan yang akan individu Gigantisme adalah melibatkan akil baligh, masalah penglihatan, dahi dan rahang menonjol.

– Ini termasuklah, sakit kepala, kuat berpeluh (hiperhidrosis) dan haid tidak teratur.

– Tangan dan kaki yang besar serta jari dan bahagian anggota wajah yang besar.

Sumber: Daily Mail