JARAK usia 57 tahun dan dipisahkan kira-kira 5,000 batu ternyata bukan penghalang pasangan ini.

Lelaki warga emas yang juga produser muzik, David, 77, dan pelajar berasal dari Myanmar dikenali sebagai Jo, 20, jatuh cinta secara dalam talian kini merancang untuk berkahwin.

Mereka bukan sahaja pasangan kekasih tetapi rakan karib dan pasangan sejiwa.

David berharap tidak lama lagi dapat mereka berdua dapat bertemu dan berkahwin sebaik sahaja Jo memperolehi visa dan pasport.

“Saya bukan lelaki biasa dan saya sentiasa mengikut kata hati saya.

“Apabila wujud cinta dan kasih sayang yang kuat antara dua orang, mengapa perlu menganalisisnya? kata David kepada Jam Press.

Baca juga: Empat hari beristerikan ‘rice cooker,’ lelaki akhirnya bercerai

Baca juga: Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan

Mereka bertemu di laman temu janji 18 bulan lalu.

Jo ketika itu mencari mentor dan seseorang untuk membantunya supaya dia boleh belajar.

“Saya hanya melihat profil wanita muda di UK di laman web tersebut. Anda bertuah untuk mendapat balasan pada usia saya.

“Saya sentiasa berjiwa muda dan sentiasa mempunyai pasangan yang lebih muda. Saya tidak dapat bayangkan bersama seseorang dalam lingkungan umur saya atau pun dalam usia 50-an,” kata David.

Walaupun aplikasi janji temu itu menunjukkan lokasi Jo di London, dia sebenarnya tinggal di Myanmar.

Iklan

Dia sengaja berbuat demikian supaya profilnya menarik perhatian lelaki dari UK.

Jo yang masih tinggal di Myanmar kini menjalani latihan untuk menjadi barista kopi. Dia berbohong tentang lokasinya untuk mencari lelaki di UK.

“Saya menukar lokasi saya dari Myanmar ke UK untuk hanya menarik minat lelaki yang tinggal di sana,” kata Jo.

Setelah 18 bulan berkenalan, David dan Jo bercakap menerusi telefon setiap hari, kadang kala selama berjam-jam. Malah lelaki itu merujuk Jo sebagai tunangnya.

David pernah berkahwin sekali pada tahun 1980-an dan tidak dikurniakan cahaya mata. Kini dia telah membujang selama lebih sedekad.

Iklan

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali 

Baca juga: Pasangan Kekasih Pembawa Talasemia Menangis Terpaksa Putus, Enggan Risikokan Zuriat Warisi Penyakit

Baca juga: Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The Sun