MEMANG jarang berlaku, namun itu perkara realiti yang berlaku ke atas wanita yang diberitakan hamil dua kembar lelaki dan dua kembar perempuan serentak tanpa rawatan kesuburan!

Empunya badan, Ashley Ness seperti yang dilaporkan oleh NewsWeek terkejut apabila diberitahu dirinya hamil semasa menghadiri janji temu dengan doktor.

Beliau yang berasal dari Taunton, Massachusetts, Amerika Syarikat itu cukup gembira dengan perkhabaran yang diterima pada 11 Februari lalu.

Keceriaannya berganda apabila doktor memaklumkan dirinya hamil kembar empat!

Ness memberitahu WCVB Channel 5 Boston, juruteknik ultrasound yang membuat imbasan ke atas perutnya juga meluahkan rasa terkejut kerana beliau baru ‘menemui’ seseorang yang mengandung anak kembar empat dalam tempoh 15 tahun.

Lebih ‘menakjubkan’, wanita itu tidak pernah melakukan sebarang rawatan kesuburan. Hal itu disifatkan sesuatu yang cukup jarang berlaku.

Menurut laporan Newsweek lagi, Ness akan melahirkan dua kembar seiras iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Keadaan itu kemungkinan berlaku adalah sekitar satu dalam 70 juta, menurut pelbagai sumber, termasuk Reproductive Facts.org.

RANGKA PERSEDIAAN

Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, Ness dan pasangannya, Val Bettencourt sudah mempunyai empat anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun.

Berkenaan dengan nama-nama anak baharu mereka, ia telah dipilih, tetapi enggan mendedahkannya kepada media.

Ness dikhabarkan sedang mempersiapkan dirinya untuk menjalani kehidupan yang lebih sibuk dan sedang dalam proses menyediakan ruang tambahan di rumah tiga bilik tidurnya.

Iklan

“Saya perlu mendapatkan van penumpang. Saya perlu menambah banyak keperluan di dalam rumah. Terlalu banyak yang perlu saya lakukan,” kata wanita itu yang dijangka melahirkan anaknya pada pertengahan Oktober nanti.

Doktor merancang untuk melakukan pembedahan melalui C-Section sekitar 30 hingga 32 minggu selepas itu.

Besar kemungkinan Ness dan empat anaknya akan menghabiskan masa di Unit Rawatan Rapi Neonatal.

Iklan

Wah! Bertuah badan kan? Empat serentak. Semoga Ness dapat bersalin dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Kepada yang ingin anak kembar, banyakkan berdoa ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.