PEMILIHAN nama untuk anak kadang-kadang boleh buat pasangan suami isteri pening kepala dan sampai bermasam muka.

Apatah lagi jika anak itu merupakan cahaya mata sulung yang sudah tentunya mahu diberi panggilan istimewa dan memberi makna mendalam.

Bagi kebanyakan masyarakat kita, nama yang diberikan kepada anak lazimnya ada kaitan dengan gelaran ibu bapa atau keluarga.

nama anak

Malah, bagi pasangan muda lazimnya mereka lebih suka memilih nama yang simple, klasik dan bunyinya enak didengari.

Bercakap soal nama, kita sudah dengar banyak nama yang pelik-pelik dan mempunyai kisah tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, ejaan nama yang panjang sehingga mencipta rekod dunia pun ada juga dikongsikan di internet.

Baca juga Beri nama anak panjang berjela, kemudian mahu tukar kembali? Ini panduan dan syarat-syaratnya

nama anak

Pun begitu, kalian pernah dengar nama anak daripada jenama kereta popular di dunia?

Baru-baru ini, kisah tiga beradik di Bandung, Indonesia tular di media sosial apabila nama mereka dikatakan cukup unik iaitu berasaskan nama kereta sport mewah!

Lapor wolipop.detik.com, pasangan adik beradik berkenaan diberi nama Lamborghini Astried, Ferrari Mikola dan Celica Riska.

Astried yang juga pemilik akaun Tiktok @jineylaa itu mendedahkan namanya bersama abang dan kakaknya dalam video pendek berdurasi 14 saat.

Baca juga [VIDEO] Pelik tetapi benar, nama tiga beradik ini sempena nama pautan laman web yang menyatukan cinta ibu bapa mereka

nama anak

Dalam video tersebut, disebabkan nama yang lain daripada lain menjadikan gadis manis yang mesra dipanggil Jiney itu sering menjadi mangsa buli dan ejekan.

“Nama adalah doa daripada orang tua ya kan. Dulu dibuli kerana nama begini, namun sekarang sudah biasa,” tulisnya dalam video yang menerima lebih 245,000 jumlah tontonan.

KISAH DI SEBALIK NAMA

Dalam portal tersebut, Jiney juga berkongsi kisah menarik di sebalik pemilihan nama jentera mewah tersebut.

Memetik kata wanita berusia 25 tahun itu, nama berkenaan dipilih oleh ayahnya yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia automotif.

nama anak

nama anak

Baca juga Kena kecam sebab letak nama anak Mipan Zuzuzu, ini penjelasan si bapa

“Selain sukakan nama jenama kereta sport ini, doa ayah juga mahu anak-anaknya juga berjaya seperti pengeluar jenama tersebut.

“Dulu pernah dibuli dan menjadi mangsa ejekan kawan-kawan di sekolah dulu kerana nama pelik, sampai orang panggil Jini,” ceritanya.

Iklan

Siapa sangka, perkongsian di media sosial itu menerima reaksi daripada netizen yang terkejut, terhibur, bahkan prihatin dengan isu buli yang dihadapi wanita itu.

nama anak

nama anak

nama anak

Mereka juga berkongsi kata-kata semangat kepada Jiney dan berkongsi kisah buli masing-masing.

“Terkejut juga ramai yang komen. Tapi kan aku okey kerana pasti orang tua mahu memberikan nama terbaik untuk anaknya dan pasti ada doa di sebalik nama ini,” katanya.

Menarik nama tiga beradik tersebut kerana senang diingat orang dan unik.

Baca juga Pening fikir nama anak ke-16, pasangan ini tidak kisah jika dikurniakan 30 zuriat

Iklan

nama anak

Mungkin selera orang berbeza-beza kerana terdapat juga pasangan suami isteri menamakan anak mereka dengan nama bunga, Malaikat dan nama nabi.

Tidak kurang juga, nama pendekar Melayu seperti Tuah dan Jebat pun popular dalam kalangan masyarakat kita.

Baca juga Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran

Pun begitu, setiap pemilihan nama adalah doa untuk anak. Apa yang pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk mereka.

Jadi, jangan terlalu pelik-pelik sangat. Beri nama anak simple dan bermakna sebab nama itu akan kekal sepanjang hayat.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI