SEORANG lelaki yang memakai kostum watak komik, Joker menyerang beberapa orang penumpang dan kemudian dipercayai menuangkan bahan bakar ke atas beberapa buah kerusi sebelum menyalakan api di dalam sebuah gerabak keretapi di Jepun semalam.

Menurut Kompas.com, kejadian yang berlaku di Tokyo itu menyebabkan ramai penumpang lain panik dan berusaha menyelamatkan diri dengan cara keluar menerusi tingkat kecemasan.

Berdasarkan kenyataan Bahagian Pemadam Kebakaran Tokyo, sekurang-kurang 17 penumpang tercedera termasuk tiga individu parah.

“Sebilangan mereka tidak ditikam secara serius, tetapi mereka mengalami kecederaan ringan di anggota,” kata wakil Bahagian Pemadam Kebakaran Tokyo.

SEORANG lelaki berusia 24 tahun ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan mengenai kejadian amukan ‘Joker’ di dalam gerabak keretapi di Jepun.

Lelaki berusia 24 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan cubaan membunuh.

Suspek yang memakai sut berwarna kelabu dan hijau tidak diragui akan bertindak di luar batasan kerana penumpang lain menyangka lelaki terbabit ingin menghadiri acara perayaan hantu atau Halloween.

Motis kejadian masih sedang dalam siasatan.

Bagaimanapun berikut merupakan fakta mengenai watak fiksyen Joker terbitan DC Comics dan festival Halloween yang sering dikaitkan dengan sambutan perayaan hantu:

1. Sambutan Halloween dipercayai telah wujud sekitar 2,000 tahun lalu. Ketika itu masyarakat setempat percaya apabila acara memuja hantu dapat memberikan mereka peluang untuk berkomunikasi dengan orang yang telah mati.

2.  Menurut kepercayaan kuno, sesiapa yang menyamar menjadi individu lain pada malam sambutan Halloween atau memakai kostum akan berjaya memperdaya roh atau hantu yang bergentangan di sekitar mereka.

3. Hitam dan jingga merupakan warna simbolik bagi perayaan itu dikatakan memiliki makna tersendiri. Warna jingga melambangkan kekuatan manakala hitam pula mewakili kematian dan kesengsaraan.

4. Burung hantu dipercayai terkait rapat dengan sesuatu perkara buruk akan berlaku jika mendengarnya pada hari tersebut.

Iklan

5. Sesetengah negara seperti Australia dan Perancis beranggapan budaya sambutan festival itu hanya satu pengaruh dari Amerika Syarikat yang bersifat komersial.

6. Joker merupakan watak antagonis dalam komik adiwira, Batman.

7. Meskipun terkenal dengan sifatnya yang kejam, latar belakang watak Joker tidak dinyatakan jelas dalam komik dan berbeza menerusi filem Joker terbitan tahun 2019.

8. Joker digambarkan sebagai karakter yang tidak pernah akan mati meskipun telah beberapa kali cubaan untuk melenyapkannya.

Iklan

9. Joker memiliki pasangan yang bernama Harley Quinn.

10. Aktor Jared Leto, Cesar Romero, Jack Nicholson, Mark Hamill, Heath Ledger dan Jaoquin Phoenix antara selebriti yang pernah melakonkan watak Joker tidak mengira sama ada filem nyata atau animasi.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram