Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah bakal bernikah 20 Januari, majlis berlangsung 10 hari

Majlis Istiadat perkahwinan diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, kakanda kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen akan berlangsung bermula  pada 16 Januari 2022.

Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu hasil perkahwinan baginda bersama Puan Hajah Mariam.

Baca juga: 457 Hari Brunei Sifar Covid-19, Terima 7 Kes Positif Tempatan, 6 Langkah Dilakukan Serta Merta

Puteri berusia 36 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, majlis akan berlangsung selama 10 hari bermula 16 Januari hingga 25 Januari 2022.

Perkara tersebut turut dikongsikan laman Instagram rasmi keluarga diraja negara itu iaitu @bruneiroyalfamily.

Atur cara majlis penuh adat istiadat turut disenaraikan seperti berikut:

16 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

17 Januari : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga

18 Januari : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja

19 Januari : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja

20 Januari : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja

23 Januari : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

24 Januari : Majlis Persantapan Diraja

25 Januari : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga

 

Hantaran itu turut menarik perhatian rakyat jelata dan warga maya.

Malah warganet mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar majlis berlangsung dengan lancar.

– “Tahniah buat pasangan pengantin diraja. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke syurga.”

– “Alhamdulillah dan tahniah kepada bakal pengantin diraja. Tidak sabar rasanya untuk melihat majlis perkahwinan ini.”

– “Tahniah semoga dipermudahkan serta dberkati ALLAH. Aamiinn.”

– “Tahniah kepada mempelai pengantin. Semoga majlisnya diberkati oleh ALLAH SWT dan dipermudahkan segala urusan. insya-Allah. Aamiin.

– “Alhamdulilah …. sembah ucapan tahniah dan selamat pengantin diraja serta mendoakan semua dilaksanakan dengan izin ALLAH SWT.”

– “Pasti disambut meriah di seluruh Brunei Darussalam. Congratulations!”

Baca juga: Putera Sultan Brunei, Pengiran Muda Mateen kongsi kisah arwah abang

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Instagram @bruneiroyalfamily.

Share
Azma ML

Recent Posts

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

2 hours ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

4 hours ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

6 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago