HILANG hak penjagaan anak-anak kadangkala boleh membuatkan pasangan suami isteri hilang arah dan sanggup melakukan tindakan di luar batasan.

Ini kerana negara luar khususnya Amerika Syarikat, mana-mana ibu bapa yang mengabaikan atau mendera anak, hak penjagaan si kecil akan diserahkan kepada pihak berkuasa serta-merta.

Barangkali tidak mahu terpisah, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menculik anak sendiri. Ya, menculik anak sendiri.

Misteri kehilangan Paislee Shultis yang terjadi baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya.

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Mana tidaknya, misi pencarian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu sudah dijalankan di beberapa lokasi termasuk rumah datuknya sendiri, bagaimanapun tidak menemui sebarang klu.

Difahamkan mangsa telah diculik ibu bapanya sendiri sejak tahun 2019 lagi!

Lapor insider.com, Shultis dilaporkan hilang pada hari sepatutnya kanak-kanak tersebut diserahkan kepada penjaga rasmi oleh pihak berkuasa.

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Sementara itu, kakak Shultis dilaporkan selamat kerana berada di sekolah ketika kejadian.

Pihak polis percaya, kanak-kanak malang berkenaan diculik ibu bapanya sendiri selepas kehilangan hak penjagaan kedua-dua anak mereka.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Punca hak (penjagaan dua anak pasangan tersebut) dilucutkan, tidak didedahkan kepada pihak media.

Kimberly Cooper dan pasangannya, Kirk Shultis Jr dikatakan antara suspek utama dalam kes kehilangan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Namun begitu, siasatan lanjut dibuat di rumah bapa suspek di Saugerties, New York gagal menemui sebarang jejak si cilik tersebut.

Meskipun sudah digeledah setiap sudut rumah, namun pihak polis tidak menemui sebarang bukti menunjukkan kanak-kanak itu berada di rumah terbabit.

Hasil soal siasat juga menunjukkan suspek dan bapanya membuat pengakuan tidak tahu-menahu di mana Shultis berada.

Baca juga Dijual sejak lahir, remaja ‘pergi’ buat selama-lamanya lepas 2 kali dibuang keluarga kandung

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Malah, mereka membuat andaian bahawa isteri suspek sudah membawa lari Shultis ke Philadelphia bagi mengelak dikesan pihak polis.

Tidak tertipu dengan helah tersebut, pihak berkuasa terus mendapatkan waran untuk mengeledah keseluruhan rumah bapa suspek.

Iklan

 

Ini kerana tindakan mereka cukup meragukan selepas enggan membenarkan pihak polis memasuki ruang tangga di bawah tanah.

Baca juga Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Sebaik sahaja waran diperoleh, polis mengeledah tangga yang diubah suai dan sebaik papan dibuka satu persatu, mereka menemukan sesuatu yang mengejutkan.

Mereka melihat kaki kecil Shultis yang masih bernyawa di dalam ruang sempit tersebut!

Baca juga Tawaran lebih RM4 juta cari Cleo Smith hilang, siapa sangka ini kisahnya selepas 18 hari ditemui

Iklan

Misi pencarian Shultis berakhir selepas hampir dua tahun apabila kanak-kanak perempuan berkenaan ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Kirk dan bapanya dituduh bersalah dalam campur tangan hak penjagaan kelas pertama dan salah laku membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Paislee Shultis diculik keluarga sendiri

Ibu mangsa turut didakwa bersubahat dalam campur tangan hak jagaan kelas kedua dan salah laku yang membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Kasihan sungguh apabila nyawa kanak-kanak menjadi pertaruhan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bayangkan si kecil itu terpaksa ‘tinggal’ di ruang sempit dan lembap untuk tempoh yang lama. Pasti meninggalkan trauma buat Shultis.

Menurut laporan Insider lagi , kanak-kanak perempuan yang berjaya diselamatkan itu ditemukan semula dengan kakaknya yang berada di bawah penjagaan ibu bapa angkat rasmi.