Kanak-kanak melecur teruk gara-gara tiru gaya luruskan rambut di media sosial

A
A
A

PENGARUH video dalam media sosial memberi impak cukup besar khususnya kepada kanak-kanak yang taksub dengan gajet.

Bahkan, ada segelintir mereka terikut-ikut untuk mencuba sesuatu, meskipun mengundang bahaya yang tidak dijangka.

Jika tidak bernasib baik, malang boleh menimpa sehingga nyawa pun melayang seperti yang berlaku di Thiruvananthapuram, Kerala, India baru-baru ini.

maut melecur teruk

Gara-gara terpengaruh dengan video meluruskan rambut menggunakan minyak tanah, seorang kanak-kanak maut akibat melecur teruk.

Lapor Opindia, V Sivanarayanan yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan teruk ketika dikejarkan ke hospital.

Sedihnya, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia selepas itu.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan cuba untuk meluruskan rambut selepas melihat satu video mendandan rambut di Youtube.

maut melecur teruk

Tanpa disedari neneknya, kanak-kanak itu mengambil minyak tanah dan mancis sebelum melakukan eksperimen tersebut di bilik air.

Malangnya, api menyambar rambut dan bajunya sehingga mengakibat kesan melecur yang teruk dan kejadian itu hanya disedari neneknya selepas menyedari 'kehilangan' cucunya.

Kisah kanak-kanak malang itu wajar dijadikan iktibar buat para ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Pengawasan dan kawalan perlu diterapkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini dan membahayakan diri.maut melecur teruk

SinarPlus difahamkan, trend mendandan rambut menggunakan api popular di India dan rata-rata sanggup membayar 5,000 rupiah (RM284.90) untuk perkhidmatan tersebut.

Saluran Youtube terkenal di India, Irfan's View antaranya yang pernah menyiarkan satu servis dandanan rambut menggunakan kaedah sama. Video itu telah ditonton lebih 3 juta kali.

Rakaman tersebut menunjukkan kaedah rare jurudandan rambut profesional mengendalikan minyak dan api dan trend sama juga popular di Eropah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang