Kapal Conscience dan lapan kapal TMTG dipintas Isr4el

No Image Caption
A
A
A

IMPIAN Freedom Flotilla Coalition (FFC) untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke G4z4, P4lestin tidak kesampaian apabila kesemua sembilan kapal di bawah gabungan FFC dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) telah dipintas oleh Pasukan Pertahanan Isra4el (IDF) ketika menghampiri perairan zon merah.

Perkara itu disahkan oleh Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan, kapal-kapal terbabit dipintas sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia, pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diterima setakat ini dan pihak MyCARE dijadual mengadakan sidang media tergempar pada jam 12 tengah hari bagi memberikan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Rakaman dari kamera litar tertutup di kapal Gaza Sunbird 1 memaparkan seorang tentera Zionis cuba merosakkan sebuah kamera di kapal berkenaan.
Rakaman dari kamera litar tertutup di kapal Gaza Sunbird 1 memaparkan seorang tentera Zionis cuba merosakkan sebuah kamera di kapal berkenaan.

Menurut data pelayaran terakhir pada jam 4.00 pagi UTC (11 pagi waktu Malaysia), salah satu kapal misi itu dikesan berada di koordinat 32°30.649′ N, 30°24.474′ E, iaitu kira-kira 120 kilometer dari pesisir Gaza. Kapal berkenaan dilaporkan bergerak pada kelajuan 4.32 knot dengan haluan 90 darjah.

Sebelum ini, semua sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TMTG dijangka memasuki zon merah sekitar jam 5 petang waktu Malaysia pada hari yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, sebelum ini memaklumkan bahawa semua kapal dalam misi berkenaan telah bergerak pada kelajuan sekitar 4 knot dan telah melepasi 200 batu nautika dari perairan Gaza.

Misi pelayaran FFC x TMTG yang merentasi Laut Mediterranean itu membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan, dengan matlamat menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza.

Rakaman dari kamera litar tertutup memaparkan delegasi kapal Conscience berkumpul di dek sebaik ditahan IDF.
Rakaman dari kamera litar tertutup memaparkan delegasi kapal Conscience berkumpul di dek sebaik ditahan IDF.

Seramai lapan delegasi Malaysia belayar di atas kapal Conscience, manakala seorang lagi menyertai pelayaran melalui kapal layar Umm Saad bagi misi sama.

Delegasi Malaysia di kapal Conscience terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, bersama Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil, dua pensyarah universiti iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Kapal terbesar dalam misi itu, Conscience, membawa seramai 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCARE, manakala keseluruhan misi ini disertai 150 peserta dari 25 negara, termasuk 93 peserta dari 22 negara yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Sumber : Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang