Kejam! Anggota badan dalam peti sejuk, kepala dalam periuk sup. 10 fakta pembunuhan tragis model Hong Kong

A
A
A

Kejam! Anggota badan dalam peti sejuk, kepala dalam periuk sup. 10 fakta pembunuhan tragis model Hong Kong

RABU lalu, media melaporkan kehilangan model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi.

Dia dikatakan kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya, yang juga bekerja sebagai pemandunya.

Polis berkata, keluarga itu sebelum ini berbohong untuk mengelirukan penyiasat.

Bagaimanapun, rumah yang disewa tanpa perabot baru-baru ini memberi petunjuk kepada polis ia digunakan untuk membuang mayat Choi.

Menurut laporan media tempatan berikut fakta pembunuhan tragis itu;

1. Pembunuhan kejam model berusia 28 tahun itu dipercayai berpunca daripada pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya.

2. Menurut Polis Hong Kong, Choi yang pernah muncul di muka depan majalah fesyen digital L'Officiel Monaco minggu lalu, ditemui sebuah rumah yang dijadikan seperti tempat 'penyembelihan'.

Baca juga Kisah cinta ustazah tular, kahwin pemuda Belgium selepas istikharah 7 kali

Kredit foto: Instagram @xxabbyc

3. Polis berjaya menemui kepala Abby, dua hari selepas menjumpai sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po. Menurut laporan portal berita HK01, kepala itu ditemui pakar forensik dalam salah satu daripada dua periuk sup yang berada di rumah berkenaan.

4. Selain itu, forensik semalam dilaporkan menemui juga tulang rusuk bersama kepala dalam salah satu periuk tersebut.

5. Menurut laporan, tengkorak itu masih sempurna, namun dipercayai bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya. Rambut mangsa tidak lagi melekat pada tengkorak yang sudah dimasak itu.

6. Ketika polis menemui periuk sup itu, ia dilaporkan penuh dan terdapat daging cincang di dalamnya. Bagaimanapun, ketika itu pihak berkuasa hanya boleh mengesahkan bahawa terdapat tisu manusia dan periuk itu, sebelum menghantarnya untuk ujian lanjut.

Baca juga [6 Foto]: Bagaikan permaidani ungu, padang pasir tandus Arab Saudi ditumbuhi lavender jarang berlaku

7. Forensik juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

8. Lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang dan polis masih meneruskan pencarian untuk anggota badan yang lain.

9. Polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik Abby selain dua kaki wanita dalam peti sejuk.

10. Bekas suami mangsa bersama abang dan ibu bapanya, sudah ditahan berkaitan dengan pembunuhan itu. Saudara bekas suami melaporkan bahawa dua saudara kepada bekas suami mangsa, Alex Kwong, 28, didakwa atas tuduhan membunuh. Bapa Kwong berusia 65 tahun dan abangnya berusia 31 tahun didakwa atas tuduhan membunuh manakala Ibu Kwong yang berusia 63 tahun didakwa kerana mengganggu proses keadilan.

Kejamnya! Moga kejadian sebegini tidak berlaku di negara kita.

Sumber: Berita Harian, Instagram Abby Choi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang