PENDERAAN melibatkan anak-anak kecil sewajarnya dibanteras habis-habisan demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

Sebenarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia berita sedih membabitkan kisah penderitaan kanak-kanak yang diseksa keluarga sendiri atau pengasuh dilaporkan.

Lebih membuatkan ramai berang apabila si kecil yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia gara-gara perbuatan manusia berhati binatang.

dera anak sampai mati

Lapor kompas.tv, kisah yang berlaku di Surabaya, Indonesia baru-baru ini membuatkan warganet tergamam.

Mana tidaknya, kanak-kanak berusia 4 tahun telah didera tanpa ada sifat perikemanusiaan oleh ibunya.

Si cilik itu dikatakan telah dipukul dan kepalanya dengan sengaja dihentakkan ke dinding oleh pelaku.

Tanpa belas kasihan, kanak-kanak yang disahkan lembam itu dikatakan mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala.

dera sampai mati

Hanya kerana terbuang air besar di dalam seluar, si ibu kandung sanggup bertindak di luar batasan dan bagaikan dirasuk, anak kecil itu dipukul berterusan.

Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak malang tersebut juga dicubit dan dicekik hanya kerana tidak mahu mengikut arahan.

Baca juga Kejam! Lima anak kecil dibunuh gara-gara isteri sakit hati suami curang

Menurut laporan Kompas lagi, sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 24 tahun mengadu kepada adik iparnya yang tinggal berhampiran bahawa anaknya meninggal dunia akibat terjatuh.

Panik dengan keadaan itu, keluarga mangsa terus menghubungi pihak polis kerana mempercayai kanak-kanak tersebut meninggal dunia atas alasan tersebut.

dera sampai mati

Pun begitu, muslihat suspek terbongkar apabila nenek kanak-kanak berkenaan tidak berpuas hati melihat kesan birat yang sangat teruk pada badan mangsa.

Mahu dijadikan cerita, nenek kanak-kanak tersebut tidak menyangka cucu yang dijaga sejak kecil diperlakukan sedemikian rupa.

Iklan

Sejak umur kanak-kanak itu tiga bulan, nenek tua itulah yang menjaganya penuh kasih sayang sebelum diambil semula oleh ayahnya atas alasan akan bersekolah baru-baru ini.

Baca juga Memang kejam! Kanak-kanak 2 tahun mati dipukul hanya kerana tersalah pakai kasut

Naluri wanita tua itu cukup kuat mengatakan cucunya didera teruk sampai mati membuatkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Hasil bedah siasat menunjukkan beberapa kesan penderaan termasuk pendarahan otak akibat hentakan yang menjadi punca kematian.

dera sampai mati

Iklan

Ibu kejam yang ditahan juga mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana berang mangsa tidak mahu mengikut arahannya.

Aduhai, bagaimanalah seorang ibu sanggup menganiaya dan menyeksa anak sendiri sehingga mati?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mudah-mudahan insiden berkenaan menjadi iktibar buat semua khususnya para ibu bapa yang diuji dengan zuriat kurang sempurna.

Sesungguhnya anak itu amanah ALLAH. Sejelik mana pun si anak itu, janganlah diperlakukan dengan kejam. #kitajagakita #kitalaluibersama