Kes tembakan di set filem babitkan Alec Baldwin, petugas Hannah Gutierrez Reed individu pertama dijatuhi hukuman 18 bulan

A
A
A

 

KES tembakan di tapak penggambaran filem ‘Rust’ dua tahun lalu membabitkan aktor Hollywood, Alec Baldwin hingga menyebabkan kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins, akhirnya terungkai baru-baru ini.

Mahkamah New Mexico menjatuhkan hukuman terlebih dahulu kepada Hannah Gutierrez Reed, 26, yang bertanggungjawab terhadap senjata dalam penggambaran tersebut.

Hannah didapati bersalah membunuh tanpa niat dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh hakim Mary Marlowe Sommer.

"Saya tidak mendengar awak mengambil tanggungjawab dalam tindakan yang dilakukan. Kata meminta maaf, tetapi awak seolah-olah tidak menyesal atas apa yang telah terjadi.

“Awak menukar senjata selamat menjadi senjata berbahaya. Bagi awak, Halyna mungkin akan hidup, tetapi kini seorang suami dan anak lelakinya kehilangan insan tersayang,” katanya ketika mengumumkan hukuman berkenaan.

Hannah bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi yang jelas dan dia dibawa keluar dari bilik mahkamah selepas hukuman itu diumumkan.

Pada 21 Oktober 2021, Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop pada set filem di New Mexico, Santa Fe County, Amerika Syarikat, membunuh ahli sinematograf filem itu, Halyna Hutchins, 42, dan mencederakan pengarah Joel Souza.

Ketika perbicaraan, pendakwa berhujah, Hannah berulang kali melanggar protokol keselamatan dan cuai dalam melaksanakan tugasnya hingga membawa kepada kematian mangsa.

Peguam pembela pula berkata, Hannah telah dijadikan kambing hitam kerana kegagalan pengurusan set filem dan kru lain namun dia tidak memberi sebarang keterangan.

Selepas mendengar lebih 30 saksi dan berbincang selama hampir tiga jam, juri mendapati Hannah bersalah atas tuduhan membunuh tanpa sengaja pada 6 Mac.

Pendakwa raya juga meminta dia dijatuhkan hukuman penjara maksimum kerana kegagalan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya.

Sebaliknya, pihak pembelaan merayu Hannah dibebaskan dalam percubaan, dengan alasan tertuduh tidak mempunyai sejarah jenayah dan mempunyai rekod kerja yang baik dan positif.

Sementara itu, Baldwin juga akan didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat dan dijangka dibicarakan pada bulan Julai.

Sumber CNN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang