Kos setengah juta untuk adakan majlis perkahwinan di angkasa lepas. Walau mahal, sudah ada pasangan yang dah booking. Hebat!

A
A
A

IMPIAN majlis perkahwinan setiap daripada kita berbeza-beza.

Ada yang mahu simple sahaja. Cukup dengan akad nikah. Selesai.

Pun demikian, terdapat juga individu yang impian mereka tinggi melangit. Mudah kata, mahu perkahwinan dinobatkan sebagai wedding of the year.

Memahami kehendak manusia yang macam-macam, sebuah syarikat pengembaraan angkasa di Amerika Syarikat, Space Perspective menawarkan majlis perkahwinan di angkasa lepas!

SUMBER daripada New York Post.

Konsep perkahwinan ‘out of the world’ yang diketengahkan bukan sekadar cakap kosong.

Syarikat berkenaan dilaporkan membantu pasangan pengantin untuk mencipta momen indah dengan menaiki kapal angkasa yang diberi nama Neptune.

Bukan itu sahaja, mempelai berpeluang mengelilingi orbit menggunakan belon natural karbon yang mempunyai tingkap besar.

Menurut jurutera dan Ketua Pembangunan Space Perspective, Vincent Bachet, tingkap berkenaan diperbuat daripada material hyper-resistant dan salutan antiultra violet bagi memberi pengalaman yang terbaik kepada penumpang.

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Baca juga: Umumkanlah perkahwinan, rahsiakan pertunangan

SUDAH ADA TEMPAHAN!

Mungkin anda rasakan tiada orang yang berminat bersanding di angkasa lepas? Telahan itu tak betul sebenarnya.

Pengasas Bersama Space Perspective, Jane Poynter berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai menunggu, malah sedang memutuskan siapa yang akan menjadi orang pertama.

Kata Poynter lagi, pihaknya memberi jaminan bahawa kapsul Neptune akan menawarkan pengalaman selesa dan hebat kepada pasangan pengantin baharu.

Neptune akan berlepas dengan kelajuan 3 kilometer sejam, sekali gus menjadikan ia penerbangan angkasa lepas yang selamat kepada sesiapa sahaja.

SUMBER daripada New York Post.

Tambah menarik, kapsul berkenaan akan dibawa ke angkasa lepas tanpa menggunakan roket.

“Tidak sama seperti kapal angkasa lain, kapsul itu akan diangkat menggunakan belon besar, SpaceBalloon yang bergerak menggunakan gas hidrogen yang boleh diperbaharui.

“Pasangan pengantin akan duduk di dalam Neptune sambil menikmati keindahan bumi di angkasa lepas. Ia (kapsul) tersebut akan kekal bersama SpaceBalloon sepanjang penerbangan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, laman web Space Perspective menambah, teknologi yang digunakan oleh kapal angkasa tersebut telah disahkan selamat.

Buktinya, ia telah digunakan oleh pasukan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan serta beberapa agensi kerajaan lain selama beberapa dekad.

SpaceBalloon sebelum ini pernah mengangkat teleskop penyelidikan, instrumen berat dan sensitif yang lain ke angkasa lepas.

Mereka yang mempunyai impian untuk merasai pengalaman perkahwinan di destinasi unik tersebut boleh menyertai senarai menunggu untuk penghujung tahun 2024 di laman web Space Perspective.

Bagaimanapun, harga meraikan perkahwinan di luar bumi pastinya bukan murah, kan?

Sebuah tempat duduk di dalam kapal angkasa Neptune bermula pada harga RM565,000 (USD125,000). Mampu ke tidak?

Tawaran berkahwin dengan cara itu sebenarnya tidaklah berapa pelik, ada yang lebih daripada itu.

Namun, kalau ada duit plus punya impian, tak salah untuk direalisasikan.

Walaupun apa konsep yang diketengahkan, kita kena ingat, tujuan penganjuran majlis perkahwinan tetap sama iaitu bagi mengabadikan memori indah disatukan sehingga ke akhir hayat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang