Lagi kes pembeli online ditipu, tempah iPhone tapi dapat sabun!

A
A
A

TIDAK dinafikan, kes-kes penipuan pembelian secara online bukanlah sesuatu perkara yang asing kita dengar.

Namun, baru-baru ini, apabila syarikat awam terkemuka dunia, Apple Inc mengumumkan siri baharu edisi 13 rekaan mereka, ramai yang meluahkan rasa teruja.

Ekoran itu, beberapa model iPhone lain sedang mengalami penyusutan harga, meskipun bukanlah dalam jumlah yang besar.

Apa lagi, memang ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar berjenama itu.

Bagaimanapun, malang tidak berbau kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai Simranpal Singh dari India telah ditipu ketika membeli iPhone 12 yang ditempahnya secara dalam talian.

Katanya kepada India Times, beliau menyedari telah terpedaya selepas membuka kotak peranti tersebut yang dihantar ke alamatnya.

Namun, bungkusan 'istimewa' yang sangat dinantinya dengan penuh keterujaan itu akhirnya mengundang kekecewaan apabila kandungannya diisi dengan dua ketul sabun.

Dipercayai, kejadian itu telah berlaku pada awal Oktober lalu.

Pun demikian, benarlah apa yang sering orang ramai katakan, rezeki tidak akan pernah salah alamat.

Setelah membuat aduan kepada laman web pembelian tersebut, beliau berjaya mendapatkan semula wang berjumlah RM2,922 yang dibayarnya ketika membeli alat komunikasi itu.

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, berhati-hatilah semasa membuat pembelian online.

Baca juga: Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Apatah lagi barangan tersebut bernilai ribuan ringgit.

Pastikan anda tidak menjadi salah seorang mangsa mereka yang rakus mengaut keuntungan dengan modus operandi seperti itu.

Ingat, jangan sudah terhantuk baru nak tengadah ya!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang