BIASANYA yang kita dengar, strok atau lumpuh hanya menyerang golongan warga emas.

Namun, sebenarnya penyakit itu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk orang muda tanpa dibatasi umur dan jantina.

Begitu juga dengan serangan Bell’s Palsy. Ia merupakan suatu keadaan di mana terjadinya kelumpuhan sementara pada otot wajah.

Bell’s Palsy selalunya melibatkan sebelah bahagian sahaja iaitu sama ada sebelah kiri mahupun kanan yang akan mengalami lumpuh dan tidak bergerak.

Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki yang mendedahkan dirinya lumpuh gara-gara sering terdedah dengan udara sejuk penghawa dingin (aircond).

Menerusi perkongsian video di laman TikToknya @sugar_gloww, dek kerana mukanya sering terdedah lama kepada angin aircond, dia mengalami kesukaran untuk makan, minum, membasuh muka dan mandi sehingga terpaksa berusaha lebih keras untuk menggerakkan bahagian otot yang terjejas.

“Sebelah wajah kaku, terlalu lama terpapar angin AC ke arah wajah,” coretnya.

Pesannya juga kepada orang ramai, jangan terlalu lama terdedah kepada angin terutama bahagian muka.

“Usahakan juga kurangkan keluar rumah menaiki motosikal, jangan terlalu kuat aircond apabila naik kereta serta jika keluar rumah boleh mengenakan baju yang ada penutup kepala (hoodie) kerana telinga harus sentiasa ditutup, boleh juga memakai ‘earphone’.

Difahamkan pemuda itu kini sedang giat menjalani rawatan fisioterapi malah sempat berpesan pada orang ramai supaya menjaga kesihatan.

Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya terkejut yang penggunaan aircond boleh menyebabkan Bell’s Palsy.

Pun begitu, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama pernah terkena penyakit tersebut dan mendoakan kesihatan lelaki itu.

Baca juga Isteri sedih suami ‘kaki gaduh’, buang beras dalam tandas,…

Bell's Parsy

Sementara itu, menurut portal myhealth, Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka.

Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun.

Majoriti pesakit pulih dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Tanda – tanda Bell’s Palsy;

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza di mana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.

Di antara tandanya adalah;

  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap di antara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
  • Anda tidak dapat kedutkan dahi, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
  • Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
  • Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan di belakang telinga untuk beberapa hari.
  • Anda juga akan kedengaran suara atau bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat. Deria rasa juga akan terjejas.

Rawatan fisioterapi Bell’s Palsy;

1. Senaman muka Bell’s Palsy

Latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi.

Cermin itu juga akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah otot muka yang lemah.

Iklan

Senaman muka yang dilakukan untuk melatih otot supaya informasi diberikan kepada otot-otot muka untuk bergerak. Ini akan membantu anda beralih kembali menggunakan otot muka dan pulih daripada Bell’s Palsy.

2. Stimulasi elektrik

Tidak seperti senaman muka yang anda boleh buat di rumah, stimulasi elektrik ini perlu dibuat dengan fisioterapi.

Stimulasi elektrik menggunakan sedikit elektrik untuk merangsang otot muka yang lemah. Ini akan membantu menghantar ransangan kepada otot.

Sewaktu Bell’s Palsy otot muka akan berada dalam keadaan lemah dan pada ketika ini stimulasi elektrik adalah sangat penting dalam meransang pergerakkan otot muka.

3. Urutan

Urutan muka boleh dilakukan sebagai salah satu rawatan yang lain.Antara teknik urutan adalah seperti ;

Iklan
  • Effleurage
  • Finger or thumb kneading
  • Hacking
  • Tapping
  • Stroking

4. Rawatan haba untuk mengurangkan sakit pada kawasan otot muka yang lemah.

5. Minum menggunakan straw.

6. Makan disebelah muka yang rasa selesa.

Info lain mengenai Bell’s Palsy;

  • Sempena nama seorang pakar bedah Scotland, Sir Charles Bell.
  • Didiagnos pada abad ke-19.
  • Dikenalpasti selepas 48 jam pesakit mengalaminya.
  • Punca kerosakan pada satu saraf muka.
  • Kelumpuhan kebiasaannya membabitkan sebelah muka meliputi dahi sampai ke dagu.
  • Pernah menyerang kanak-kanak berusia enam tahun.

Justeru, amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat untuk kehidupan yang lebih baik.

@sugar_gloww Jaga kesehatan ya kalian 😇 #bellspalsy #fisiotherapy ♬ suara asli – sadvibes🥀

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI