Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

A
A
A

PERNIKAHAN merupakan momen yang dinantikan bagi pasangan bercinta. Mereka pastinya mengimpikan mahligai indah untuk dibina bersama selepas menjalani ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri.

Namun, yang telah beristeri juga ada yang berkahwin lain dan hidup berpoligami yang mana berpoligami juga sah di sisi syarak.

Kisah lelaki berkahwin lagi untuk menambah isteri atau berpoligami sudah biasa didengar tetapi lelaki mengahwini dua gadis serentak untuk hidup berpoligami dalam satu majlis itu agak jarang dijumpai.

Namun, ia tidak mustahil apabila baru-baru ini beberapa keping foto yang memaparkan seorang lelaki bersanding dengan dua orang isterinya serentak tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran, daerah Madura, Indonesia itu kini menjadi bahan bualan ramai penduduk setempat dan juga warganet.

Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

Melalui beberapa foto tular itu kelihatan dua wanita nampak tersenyum bahagia ketika majlis persandingan mereka bersama suami yang perlu dikongsi untuk hidup bersama.

Ketiga mereka juga dilihat sangat mesra walaupun pernikahan mereka dikatakan cukup pelik malahan ada juga yang dikatakan tidak wajar.

Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

Namun, itu hanya pendapat dan pandangan orang ramai. Pernikahan itu tetap diteruskan dan kedua pengantin perempuan itu juga kelihatan sama cantik dengan lengkap memakai gaun pengantin berwarna putih.

Sementara si suami pula tampil tampan dengan senyuman lebar apabila diapit kedua isterinya dan mereka dilihat cukup gembira dan bahagia.

Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

sumber : merdeka.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang