TIDAK berperikemanusiaan dan tiada belas kasihan.

Begitulah gambaran sesuai yang boleh ditujukan kepada seorang lelaki yang tergamak merawat luka haiwan peliharaannya menggunakan besi pengokot.

Pembedahan secara DIY itu sekali gus mengakibatkannya dilarang untuk memelihara sebarang haiwan jenis canines.

Memetik laporan Daily Mail, Aftab Karim, 40, mengakui tidak mampu untuk menampung kos rawatan anjingnya bernama Luna yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Beginilah keadaan Luna selepas mendapat rawatan yang sewajarnya.

Oleh sebab itu, Mahkamah Kirklees Magistrates’, United Kingdom menjatuhkan hukuman larangan ke atasnya memiliki anjing selama tujuh tahun.

Aftab turut diarahkan untuk melengkapkan 200 jam dalam tempoh 12 bulan melakukan aktiviti komuniti.

Lelaki itu mengatakan dirinya tidak mampu untuk menampung kos rawatan sekitar £700 (RM3,882) hingga £1,200 (RM6,655).

CABUT 26 BESI PENGOKOT

Terkini, haiwan malang itu dilaporkan telah mendapat rawatan sewajarnya di sebuah hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Kami terpaksa mencabut sekitar 26 besi pengokot yang juga telah mengakibatkan jangkitan kuman,” kata wakil perubatan sambil menasihatkan agar pemilik lebih bertanggungjawab dalam memelihara haiwan.

Iklan

Tahap kewangan, tempat tinggal dan masa juga antara perkara yang perlu agar kebajikan binatang tidak terabai.

Jadi, buat mereka yang berhasrat untuk mahu mengambil haiwan peliharan, fikir dengan teliti tentang tanggungjawab yang akan anda pikul kelak.

Daripada menyeksa, lebih baik tidak perlu!

Iklan

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI