BETUL kata orang, jika ajal masih panjang, terlibat dalam insiden paling ngeri pun diri masih bernyawa.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda di Cape Town ini.

Menurut Dailystar, tiga tahun lalu, pemuda bernama Christopher Harker, 38, itu pernah bangun selepas dikatakan mati.

Dia dikatakan terkena tembakan sebanyak tujuh kali dan telah dinyatakan mati di tempat kejadian.

Ketika itu keluarga melihat badannya telah ditutupi kain putih.

Namun ajaibnya, dalam situasi terbaring dalam hujan dia kemudian bangun dan berjalan ke sebuah rumah yang paling hampir dengan tempat tersebut.

Tetapi kemudian ambulans tiba dan mengikatnya pada papan pengusung dan membawa ke hospital.

Kali ini lagi sekali dia menggemparkan kota itu apabila tular sebuah video menunjukkan Harker yang juga dikenal sebagai Haka berkeadaaan pisau yang melekat di kepalanya.

Video itu membuat ramai pengguna media sosial terkejut, warganet tertanya- tanya adakah lelaki itu selamat atau tidak.

Lebih mengejutkan, bukan hanya dia berjaya bertahan dengan insiden ngeri itu, malah dia kembali bekerja hanya selepas tiga hari terbabit dalam insiden berkenaan.

Menceritakan kembali bagaimana pisau itu tersangkut di kepalanya, Harker berkata kepada The Daily Voice bahawa dia tiba-tiba dipukul.

Iklan

“Seorang lelaki keluar entah dari mana, saya merasakan satu pukulan keras dan mula mengejarnya, kemudian saya sedar ada pisau tersangkut di sebelah kanan kepala saya.

“Saya sedar yang saya mungkin akan membahayakan diri sendiri. Saya cuba untuk mengeluarkan pisau itu, tetapi ramai suruh saya menunggu sahaja ambulans.

“Saya duduk dan menunggu ambulans tiba. Ketika mereka tiba, saya masuk ke dalam kenderaan sendiri dan masih dapat menghubungi keluarga saya untuk memberitahu mereka bahawa saya dalam perjalanan ke hospital.

“Saya masuk ke hospital sendiri dan orang-orang melihat saya dengan terkejut,” katanya.

Akibat daripada itu, dia menerima empat jahitan pada luka dan kini mengambil dua ubat penahan sakit.

Jurucakap polis berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kejadian itu dan mencari si pelaku yang cuba membunuh Harker.

Iklan

Baca juga Polis New Zealand perkenalkan uniform berhijab untuk anggota polis wanita Muslim

Sumber: Dailystar