Lucunya, kambing terlepas kandang dinobatkan peserta finisher maraton sejauh 4.8km

No Image Caption
A
A
A

SEEKOR kambing menjadi sensasi di media sosial apabila dinobatkan sebagai peserta yang berjaya menghabiskan larian maraton sejauh 4.8 kilometer.

Apa yang melucukan, kambing yang dipanggil Joshua itu sebenarnya terlepas daripada kandang di sebuah ladang labu di Newfoundland dan Labrador, Kanada.

Lapor United Press International (UPI) News, kambing berbulu coklat dan putih yang berusia 10 tahun itu dikatakan berlari dan mengikut peserta maraton lain yang kebetulan melalui kawasan ladang tersebut.

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, kehilangan Joshua itu disedari pemiliknya, Heidi Taylor yang kemudian keluar mencari kambing peliharaannya itu.

Memetik cerita Taylor, barangkali kambingnya teruja melihat ramai orang berlari di hadapan ladangnya sempena Marathon Trek T'Railway Conception Bay tersebut.

No Image Caption

“Mungkin sebab itu ‘dia’ melepaskan diri dari tali dan terus menyertai larian. Apa yang kelakar, gambar Joshua jadi viral di Facebook sebelum saya bergegas mencarinya.

Artikel Berkaitan:

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

“Boleh dikatakan Joshua sudah lari kira-kira 4.8km bersama peserta perlumbaan lain yang berkongsi gambarnya di media sosial,” katanya.

No Image Caption

Bawa pulang medal

Pada awalnya, Taylor mahu membawa si kambing itu pulang dengan keretanya, namun disebabkan Joshua sudah popular membuatkannya melakukan sesuatu.

Tidak mahu si kambing peliharaannya ‘kecewa’, wanita itu kemudiannya memandu kira-kira 800 meter dari garisan penamat dan melepaskan Joshua untuk menghabiskan larian.

No Image Caption

No Image Caption

Seperti yang diharapkan, Joshua pulang dengan medal penyertaan.

‘Penyertaan’ Joshua juga menarik perhatian ramai termasuk pihak penganjur Town of Conception Bay South.

No Image Caption

“Sertai kami untuk ucapan tahniah kepada Joshua atas perlumbaan pertamanya,” tulis posting penganjur di media sosial.

Aduhai, tak sangka kambing pun teruja sertai perlumbaan larian ya? Comel jer!

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang