PERCAYA atau tidak, banyak ramalan saintis Barat yang mengatakan bahawa pada suatu hari nanti manusia tidak lagi menetap di Bumi.

Planet ketiga dalam sistem suria itu dikatakan tidak selamat untuk didiami.

Justeru, ruang angkasa dipilih sebagai tempat tinggal baharu.

ramalan manusia angkasa lepas

Memang kita berpendapat bahawa pendapat itu tidak masuk akal, tetapi tahukah anda, ramai pelabur sanggup membelanjakan dana yang besar untuk membina silinder gergasi di angkasa sebagai penempatan baharu.

Bukan hanya lengkap dengan bekalan oksigen dan memiliki alam semula jadi persis bumi, teknologi tersebut dikatakan mampu mencipta semula graviti.

Lapor businessinsider.com, pendedahan tersebut dibuat oleh pengasas firma Amazon dan Blue Origin, Jeff Bezos yang turut meramalkan manusia akan tinggal di angkasa lepas dan menjadikan Bumi sebagai ‘planet percutian.’

ramalan manusia angkasa lepas

Bezos berkata, ciptaan silinder terapung itu dilengkapi sungai, hutan dan hidupan liar, malah tiada lagi ancaman gempa bumi atau cuaca buruk.

“Dalam tempoh beberapa ratus tahun dari sekarang, tidak mustahil angkasa akan menjadi rumah manusia dan hidup dalam koloni tertentu.

“Jika mahu mengubah Marikh sebagai penempatan baharu, ia cukup sukar. Ditambah planet itu hanya mampu menampung hingga 20 bilion penduduk sahaja,” katanya.

ramalan manusia angkasa lepas

Boleh dikatakan teori ekstrem atau ramalan masa depan yang kononnya Bumi satu hari nanti tidak akan menjadi planet yang selamat, memang susah nak brain.

Pemikiran radikal seperti itu sebenarnya banyak disuntik dengan lambakan filem antarabangsa yang menjadikan kehidupan di angkasa lepas adalah perkara biasa.

Baca juga Hotel pertama di angkasa bakal wujud menjelang 2027. Perlu sediakan RM20.6 juta untuk tempoh tiga hari dua malam

Pun begitu, ramai yang menganggap andaian tersebut mungkin benar kerana kemajuan teknologi masa kini memungkinkan segala-galanya.

Iklan

Sedangkan sistem kecerdasan buatan (AI) mampu mengatasi kemampuan manusia, inikan pula rencana besar penciptaan ‘planet’ baharu.

ramalan manusia angkasa lepas

Apatah lagi, penemuan planet persis Bumi oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) baru-baru ini juga membuatkan ramai tertanya sejauhmana kebenaran tersebut.

Penemuan planet baharu pada jarak 4.2 tahun cahaya dari Bumi itu dikatakan memiliki sumber air mencukupi, jumlah pencahayaan dan keadaan geografi sempurna.

Para penyelidik Barat juga mengesahkan planet tersebut memiliki iklim yang sesuai untuk dihuni manusia, namun timbul pula persoalan kebarangkalian wujudnya makhluk asing di sana.

Iklan

ramalan manusia angkasa lepas

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pun begitu, adakah manusia mampu menolak takdir? Persoalan demi persoalan timbul membuatkan ramai berfikir panjang.

Ya benar! Bumi semakin tenat dengan pencemaran yang tidak terkawal dan penerokaan hutan berluasa.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan bagi bersama memelihara alam sekitar supaya dapat ‘hidup’ lebih lama. #kitalaluibersama #kitajagakita