PERCAYA atau tidak, wujud sebuah pulau kecil yang sekilas pandang, tak ubah seperti cap jari manusia versi gergasi di peta dunia.

Itulah keunikan sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak di perairan Croatia dikenali dengan nama Baljenac.

Lapor odditycentral.com, pulau unik tersebut tidak ubah seperti bentuk finger print jika dilihat dari atas.

Garisan seolah-olah pola papillary jari manusia itu sebenarnya hanyalah dinding batu yang dibina penduduk setempat.

baljenac pulau jap jari manusia

Tembok batu sepanjang 23 kilometer (km) itu sebenarnya dibina untuk melindungi tanaman daripada angin kuat. Bukan buatan purba ya!

Jika melihat foto-foto yang tular di media sosial, memang tiada satu pun pokok atau rumah dibina di kawasan pulau seluas 0.14km persegi tersebut.

Baca juga Kuasa ALLAH, walau jarak kurang 4km, jurang masa antara Pulau Big Diomede dan Little Diomede adalah 23 jam!

Pulau yang tidak didiami manusia itu hanya digunakan sebagai tapak projek agrikultur dan sudah wujud sejak abad ke-19 lagi.

Nama pulau tersebut mula menjadi sebutan ramai apabila foto unik tersebut tersebar di media sosial dan terus menarik perhatian pelancong.

baljenac pulau jap jari manusia

Sebenarnya, Croatia memang terkenal dengan keunikan pulau-pulau indah di sekitar perairan negara Republik itu.

Jika dihitung, terdapat lebih 1,200 pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti di sana.

Antara pulau yang menjadi destinasi pilihan seperti Hvar, Korcula, Mljet, Lokrum, Rab dan Kornati.

Iklan

Baca juga Pulau terpencil di Iceland ditinggalkan lebih 300 tahun selepas jadi kubu elak serangan zombie

Memang tidak dinafikan, keindahan pantai dan pulau di negara yang terletak di benua Eropah itu bukan biasa-biasa.

Jika merujuk theworldwasherefirst.com, negara yang memiliki 4.047 juta penduduk tersebut menjadi destinasi pelancongan paling dicari-cari sejak tahun 2017.

baljenac pulau jap jari manusia

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mana tidaknya, bandar tepi laut dengan kelebihan alam semula jadi membuatkan ramai pelancong memilih untuk berlibur di sana.

Pun begitu, kedatangan orang ramai ke sana dihadkan kerana bimbang berlaku kerosakan terhadap binaan batu lama.

Bimbang juga kalau tak terkawal, tembok batu berusia beratus tahun itu musnah sekelip mata.

Apapun, memang unik pulau Baljenac kerana memang boleh dikatakan satu dalam sejuta dengan reka bentuk lain daripada lain.