Minta bayar duit yuran sekolah anak, wanita parah dibelasah suami!

Minta bayar duit yuran sekolah anak, wanita parah dibelasah suami!
March 9, 2021
Oleh Meen

HARI demi hari ada sahaja kes penderaan dan keganasan rumah tangga yang berlaku dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Pastinya situasi sebegini sangat tidak baik. Sebelum ia menjadi barah ada lebih baik kita mencegahnya terlebih dahulu.

Benda boleh bincang dan diselesaikan dengan elok tak perlu bergaduh atau diperbesarkan. Buang ego dan berfikirlah dengan waras.

Mana tidaknya ada kalanya perbalahan berlaku dalam rumah tangga berpunca pada perkara remeh dan diperbesarkan sehingga mampu menyebabkan salah seorang tercedera atau lebih dasyat lagi terbunuh.

Buktinya, seorang wanita dilapor dibelasah teruk oleh suaminya hanya kerana mengingatkan suspek untuk membayar yuran persekolahan anak sulung mereka.

Ya! Kedengaran agak remeh namun, perkara itu bukan lagi main-main dan kini menjadi kes polis.

Memetik laporan Bangalore Mirror, dalam kejadian di Kudlu, India, mangsa berusia 39 tahun itu dilapor dipukul dengan kerusi dan rak perkakas dapur.

Suspek mendakwa berang dengan permintaan isterinya dan tanpa berfikir panjang terus memukul wanita itu serta menuduh mangsa punca keluarga mereka dilanda musibah kewangan.

Iklan

Minta bayar duit yuran sekolah anak, wanita parah dibelasah suami!

Perbalahan mereka cuba dileraikan oleh anak sulung kedua pasangan itu yang sedang mengikuti kelas pembelajaran secara online.

Namun malangnya, dia ditampar dengan kuat sebanyak tiga kali sebelum dihalau ayahnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dilapor pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Mana agaknya pertimbangan seorang yang bergelar bapa dan suami apabila sanggup mendatangkan kecederaan yang serius terhadap anak dan isteri.

Iklan

Doktor yang merawat mangsa itu kemudiannya membuat laporan polis selepas mendapati wujud tanda-tanda berlaku penderaan domestik.

Kes disiasat atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya, mengancam dan menggugat keamanan.

Sehingga kini suspek masih belum ditahan dan tidak dapat dikesan.

Menurut sumber, pasangan itu telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua anak berusia sembilan dan tujuh tahun.

Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua. Jangan pula nanti “nasi sudah menjadi bubur” baru nak menyesal.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Tenang dan berfikirlah secara waras supaya anda tidak menyesal satu hari nanti!

Sumber : bangaloremirror.

About Meen

Biodata Penulis