Misi bantuan G4z4: Zizi Kirana, Heliza Helmi, Farah Lee & Greta Thunberg antara aktivis ditahan Isr4el, dunia tumpu Global Sumud Flotilla
AKTIVITI kemanusiaan, Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Farah Lee, yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), kini ditahan tentera Isr4el setakat ini.
Zizi, ketika ditahan, dilaporkan berada di atas kapal Huga yang merupakan sebahagian daripada konvoi Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam hantaran lain, Sumud Nusantara Official turut memuat naik rakaman video Zizi yang dibuat sebelum pelayaran sebagai persediaan sekiranya ditahan pihak berkuasa Israel.
"Nama saya Zizi Kirana. Saya warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.
"Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa," katanya.
Pada masa sama, Zizi turut berharap kerajaan Malaysia mendesak Isr4el menjamin keselamatan semua yang berada di atas kapal serta membebaskan mereka segera.
"Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat," katanya.
Turut mengambil langkah yang sama ialah beberapa warga Malaysia lain iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.
Selain Zizi, pihak berkuasa negara haram itu turut menahan kapal Sirius yang membawa empat delegasi Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairuddin dan Rusydi Ramli.
Manakala tiga lagi yang diculik ialah Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil, yang menaiki kapal Alma.
Tentera Israel juga sebelum itu dilaporkan bertindak agresif dengan menyembur minyak dan menggunakan mesin air berkelajuan tinggi terhadap bot-bot yang menyertai misi Global Sumud Nusantara, yang sudah memasuki zon merah sekitar pagi tadi waktu Malaysia, sebelum dipintas oleh tentera laut Zionis.
Dalam hantaran video, kelihatan aktivis merayu bantuan bagi memastikan pembebasan mereka dapat dilaporkan.
Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia terkemuka dunia, Greta Thunberg, 22 tahun, antara individu yang turut ditahan. Tentera Zionis dilaporkan menyiarkan video keadaan Greta yang dikatakan dalam keadaan selamat.
"Sudah beberapa buah kapal flotilla Hamas-Sumud berjaya dihentikan dengan selamat dan penumpangnya kini sedang dibawa ke pelabuhan Israel," kata Tel Aviv dalam hantaran mereka.
Penangkapan Greta Thunberg dalam misi ini sudah pasti menjadi tumpuan dunia memandangkan konvoi Global Sumud Flotilla berkenaan hanyalah misi menghantar bantuan makanan dan ubatan untuk warga G4z4.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

