MISTERI kehilangan seorang bayi yang usianya baru mencecah sebulan menjadi tanda tanya penduduk setempat di Indonesia baru-baru ini.

Lebih menghairankan, kejadian pelik yang berlaku di perkampungan Sumberejo, Jember, Jawa Timur tersebut dikatakan berkaitan unsur mistik.

Lapor kompas.com, kejadian berkenaan menggemparkan penduduk setempat apabila kehilangan bayi perempuan itu dikatakan dilarikan makhlus halus.

misteri bayi hilang

Sebelum kejadian, difahamkan si kecil tersebut sedang tidur bersama ibunya di dalam bilik.

Pun begitu, bayi malang berkenaan dikatakan hilang secara misteri sebaik disedari ibunya sejurus bangun tidur.

Panik dengan apa yang berlaku, ahli keluarga wanita berkenaan membuat pencarian dan menghubungi pihak polis.

Baca juga [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

misteri bayi hilang

Misi mencari kemudian dijalankan di sekitar kawasan rumah termasuk sebuah telaga berhampiran.

Apa yang mengejutkan, bayi yang dikatakan hilang itu ditemui di dalam telaga terbabit dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Baca juga Bukan RM10,000 atau RM1,000. Gara-gara RM1.14, wanita ini dibunuh kejam suami sendiri!

Lapor Kompas lagi, siasatan mendapati suspek utama kejadian menyayat hati tersebut ialah ibu mangsa sendiri!

Pasti ramai tidak menyangka si ibu yang masih dalam pantang sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

misteri bayi hilang

Lagi menyedihkan, suspek sanggup menidurkan anaknya terlebih dahulu sebelum membawa mangsa senyap-senyap keluar rumah.

Kemudian dia mencampakkan mangsa ke dalam telaga tanpa perasaan sebelum pulang ke bilik semula dan berpura-pura tidur.

Baca juga Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Sebaik sahaja mayat bayi malang itu ditemui, suspek terus mengaku melakukan perbuatan tersebut dan terus dibawa ke balai polis.

DIKUTUK GARA-GARA SUSU IBU

Sementara itu, lapor Kompas TV, suspek bertindak sedemikian adalah berpunca daripada tekanan perasaan.

Wanita berkenaan dikatakan tidak tahan dikutuk dan diejek gara-gara tidak dapat memberikan susu ibu kepada anaknya.

Iklan

misteri bayi hilang

Hanya kerana terpaksa bergantung kepada susu formula untuk anaknya, suspek dikatakan gagal menjadi seorang ibu!

Wanita tersebut masih dalam tahanan polis setakat artikel ini ditulis dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga tiga tahun.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Sesungguhnya, kata-kata yang tajam walaupun dikatakan tidak disengajakan boleh menyebabkan emosi si ibu terganggu.

misteri bayi hilang

Apatah lagi wanita tersebut masih dalam proses pemulihan zahir dan batin selepas bersalin.

Iklan

Lebih teruk, mereka berdepan kemurungan atau meroyan sehingga sanggup melakukan apa sahaja tanpa sedar, termasuk membunuh anak sendiri.

Baca juga Ibu tikam 3 anak selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh

Dalam perkara ini, tidak tahu siapa yang bersalah, namun mangsanya ialah anak yang tidak berdosa.

misteri bayi hilang

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga insiden menyedihkan ini menjadi iktibar buat semua khususnya para suami yang perlu memberi bimbingan dan sokongan moral kepada isteri yang berdepan fasa kemurungan selepas bersalin.

Lebih molek jika urusan menjaga anak yang masih kecil dipikul bersama supaya bebanan dan tekanan emosi berkenaan dapat dikurangkan. #kitalaluibersama #kitajagakita