PILIHAN percutian di atas kapal layar persiaran gergasi memberikan pengalaman berbeza bagi setiap pelancong.

Bagaikan hotel di tengah laut, bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang luas terbentang, pelancong juga boleh menikmati semua servis yang disediakan tanpa had.

Bagi kanak-kanak pula, sudah tentunya ruang permainan dan taman tema yang disediakan menjadi syurga buat mereka kerana boleh bermain tanpa kekangan.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Pun begitu, bagi yang jenis cepat bosan, pastinya tidak suka terperap di ruang yang sama dalam tempoh yang lama.

Apatah lagi, trip tersebut perlu dirancang sebaiknya kerana memakan belanja agak mewah jika memiliki keluarga besar.

Pun begitu, lain pula kisah yang berlaku kepada penumpang sebuah kapal pelayaran yang melalui perairan Caribbean dan Bahamas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lapor foxnews.com, percutian indah berubah menjadi detik menakutkan apabila salah seorang penumpang dikatakan terjatuh dari kapal gergasi tersebut.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Remaja berusia 15 tahun dikatakan terjatuh ketika pelayaran selama lima malam tersebut dalam perjalanan pulang ke Miami.

Dalam video yang tular di media sosial, penumpang kapal layar tersebut pada mulanya terkejut mendengar tiga pengumuman yang dibuat kru kapal kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan.

Baca juga 8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut, arnab jelmaan syaitan

Tatkala kru kapal memaklumkan mengenai seorang penumpang terjatuh dari kapal yang sedang bergerak, ia telah membuatkan penumpang lain cemas dan berlari ke balkoni bilik.

Selain itu, mereka juga diingatkan supaya beredar dari balkoni dan menutup langsir bilik masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Pun begitu, kekecohan tetap berlaku apabila ramai mempersoalkan kenapa kapal tidak berhenti? Malah, cuaca yang gelap membuatkan mereka tidak senang duduk.

Selepas diberikan jaminan bahawa pihak polis akan berlepas ke lokasi kejadian sebaik sahaja kapal tiba di Miami, kesemuanya kembali tenang.

Video penuh emosi yang dikongsikan salah seorang penumpang, Fancy CheapSkate di laman Youtube tersebut meninggalkan pelbagai reaksi orang ramai.

Pun begitu, pihak pengurusan kapal memberi respons balas terhadap insiden tersebut dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Iklan

“Remaja yang bercuti bersama keluarganya itu didapati meninggal dunia selepas terjatuh daripada kapal pada petang Rabu berkenaan.

“Pasukan kami terus menghubungi pihak berkuasa dan membantu keluarga mangsa sepanjang pelayaran pulang. Kami semua bersimpati dengan musibah berlaku,” katanya memetik portal tersebut.

Baca juga Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Meskipun tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai insiden itu demi menghormati keluarga mangsa, namun pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah yang berlaku.

Rata-rata warganet yang mengikuti berita mencemaskan itu turut berkongsi pengalaman masing-masing.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Iklan

Kes bunuh diri sebenarnya tidak mengenal usia.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Ramai juga yang memuji sikap profesional kru kapal yang berjaya menenangkan penumpang.

misteri remaja 15 tahun jatuh kapal layar persiaran gergasi

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ramai yang mempersoalkan kenapa kapal tidak berhenti terus sebaik insiden berlaku, pun begitu pasti terdapat alasan kukuh di sebalik semua itu.

Apapun, moga insiden sama tidak berulang lagi. #kitajagakita #kitalaluibersama