Naik angin tak tentu pasal, suami pukul isteri kerana mahu berpindah keluar dari rumah mentua
Rasa hormat-menghormati dan toleransi antara kunci kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila muncul sebarang masalah perlu dibawa bincang sebaiknya, bukannya melalui kuasa veto sahaja. Bukankah suami isteri itu perlu saling melengkapi antara satu sama lain?
Apabila kurang rasa positif dalam melayari bahtera akan bermulalah episod duka yang perlu diharungi pasangan. Suami suka marah kerana masalah kecil manakala isteri pula suka bercakap kasar.
Seperti mana kes yang berlaku di Medan, Indonesia baru-baru ini di mana seorang lelaki diberkas polis selepas didapati bersalah memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua.
Tindakan itu dilakukan oleh Arga, 34, setelah beliau tidak berpuas hati dengan permintaan isterinya yang mengajaknya untuk tinggal di rumah sewa.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pelabuhan Belawan, AKP Riffi Noor Faizal berkata, kejadian itu berlaku di Kelurahan Rengas Pulau, Kecamatan Medan Marelan pada 9 Januari manakala penahanan pelaku dibuat pada Jumaat lalu.
"Dia ditahan selepas pihak berkuasa menerima laporan isterinya sendiri.
"Isterinya berkeras mahu berpindah segera namun pelaku menjadikan wang sebagai alasan hingga kedua-duanya bertengkar.
"Mangsa kemudiannya meninggalkan rumah mentuanya sebelum ditemui suaminya di Jalan Speksi, Kelurahan Rengas Pulau. Di lokasi itu, dia bertindak memukul mangsa beberapa kali dan terus mengasarinya setelah tiba di rumah keluarganya," jelasnya.
Mangsa yang berang diperlakukan sedemikian melaporkan perbuatan pelaku di Balai Polis Pelabuhan Belawan dan tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang ditemui.
Selepas ditahan oleh pihak polis, pelaku iaitu suaminya sendiri mengaku perbuatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadapnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang