MENCUBA permainan mencabar mengujakan dan boleh melepaskan tekanan susulan kenaikan paras dopamin yang mencetuskan rasa gembira.

Tidak disangka, permainan di taman tema atau fun fair yang dinaiki seorang gadis di Istanbul, Turki ini adalah perangkap maut buatnya.

Keterujaannya menaiki permainan tersebut bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia akibat ‘tersedak’ muntah.

Gadis dikenali sebagai Zeynep Guynay, 19 menaiki permainan yang dipanggil Kamikaze sebelum tersedak muntahnya sendiri.

Difahamkan, dia muntah ketika menaiki permainan berkenaan dan yang secara tidak langsung menyebabkan saluran pernafasannya ‘tersekat’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Pada awalnya, keluarga Zeynep mendakwa sudah melihat gadis itu yang berada dalam keadaaan ‘tertekan’ dan berulang kali meminta pengendali permainan tersebut untuk menghentikan operasi Kamikaze. Bagaimanapun,  permintaan mereka tidak diendahkan.

Baca juga [VIDEO] Kebumi Jenazah Ibu Di Hadapan Rumah, Tindakan Pemuda Ini Buat Netizen Malaysia Terkesima

Selepas Kamikaze tamat bermain, bapa saudara Zeynep telah menampar dua hingga tiga kali dengan harapan anak saudaranya akan sedar.

Iklan

Susulan daripada itu, gadis berkenaan dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Kini, keluarga Zeynep bercadang untuk mengambil tindakan bagi menuntut keadilan atas kematiannya dan membuat laporan polis.

Iklan

Lebih menyedihkan, menurut Daily Mail, Zeynep mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan untuk mencapai cita-citanya menjadi psikologis.

Sumber: Daily Mail