SETIAP individu sama ada lelaki mahupun wanita mengimpikan untuk hidup berpasangan.

Ia adalah sifat yang fitrah kerana setiap sesuatu di dunia ini sememangnya diciptakan berpasang-pasangan supaya saling melengkapi antara satu sama lain.

Tentang jodoh pula, ia adalah rahsia Maha Pencipta. Tidak mustahil sekiranya pasangan yang sudah bercerai boleh berkahwin semula.

Bagaimanapun, peristiwa yang menimpa seorang wanita di Pematangsiantar, Sumatera Utara ini menyedihkan apabila dia bertindak merempuh ibu pejabat polis kerana dihalang keluarga untuk bernikah semula dengan bekas suaminya.

Baca juga: “Kembalikan Ayahku!” – Anak Jadi Saksi Bapa Dibunuh Mengamuk, Histeria Lihat Suspek

Memetik laporan CNN Indonesia wanita yang dikenali sebagai FAM itu, bertindak sedemikian akibat kemurungan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi, wanita yang dikenali sebagai FAM menunggang motosikal itu dengan laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang sedang mengawal lalu lintas di kawasan pejabat berkenaan.

Motosikal ditungganginya meluncur laju sehingga merempuh ruang kaunter.

Walaupun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa, wanita itu masih boleh dikenakan tindakan kerana menyebabkan kerosakan harta benda awam.

“Apa yang jelas, Polis Pematangsiantar akan menjalankan pemeriksaan bahawa tindakan yang dilakukannya adalah satu jenayah, walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi menyebabkan ruang pejabat rosak,” kata Ketua Polis Sumatera.

Difahamkan keluarga wanita itu tidak merestui hasrat bernikah kali kedua dengan bekas suaminya kerana pemahaman agama yang berbeza.

Iklan

 

Kemurungan ibarat bom jangka kepada seseorang jika ia tidak dibendung dari peringkat awal.

Iklan

Antara simptomnya ialah rasa kecewa, bersalah, mudah marah, hilang keyakinan diri, tidak gembira dan ragu-ragu untuk membuat keputusan.

Rawatan psikatri, sokongan ahli keluarga dan orang yang tersayang amat membantu mereka melalui situasi sukar.

Baca juga: Aksi Pawang Lakukan Ritual ‘Tolak Hujan’ Di Litar MotoGP Indonesia Jadi Sorotan Dunia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI