Pasangan terkejut, hantu wanita berambut bufon jadi 'tetamu' dalam rumah

A
A
A

MENYANGKA ia sekadar khabar angin, tanggapan pasangan suami isteri itu bagaimanapun meleset apabila mereka didatangi oleh 'tetamu' yang tidak diundang.

Joey dan Amy Radke mengaku terkejut apabila menonton rakaman litar tertutup yang dipasang di bahagian ruang tamu kediaman mereka.

Menurut Mirror.co.uk, video tersebut memperlihatkan dua ekor kucing peliharaan mereka secara tiba-tiba berubah menjadi tidak tentu arah dan menyorok di bawah meja.

 

Baca juga: Aksi pawang lakukan ritual tolak hujan di litar motoGP Indonesia jadi sorotan dunia

Baca juga: Selepas 62 tahun identiti Little Miss Nobody terbongkar misteri rangka kanak-kanak perempuan ini rupa-rupanya

 

Kemudian satu sosok misteri seakan wanita dengan gaya rambut bufot muncul secara tiba-tiba dan berdiri di hadapan bilik tidur mereka.

Bayangan tersebut awalnya muncul dari sebuah pintu. Namun, peliknya pintu tersebut kelihatan tidak terbuka.

"Penyewa terdahulu pernah memberitahu kami bahawa rumah ini turut dihuni oleh roh seorang wanita.

"Namun, sejak dua tahun lalu tiada sebarang perkara berlaku sehinggalah kami mengambil keputusan untuk meletakkan kamera dengan tujuan memantau kucing," terang Amy dari Shakopee, Minnesota, Amerika Syarikat itu.

Gambar (dalam bulatan) seakan memperlihatkan kehadiran entiti misteri yang kelihatan seperti seorang wanita.

Tambahnya lagi, sebelum ini, pernah tercetus satu kejadian yang menyaksikan seorang wanita matidi rumah mereka.

"Beberapa tahun terdahulu, ada seorang wanita telah meninggal dunia di bilik tidur yang kami gunakan sekarang. Jiran-jiran mengatakan wanita itu telah dibawa ke hospital oleh pasukan paramedik.

"Disebabkan perkara tersebut berlaku pada waktu malam, jadi kita boleh lihat 'wanita' itu seakan memakai baju tidur labuh," ujarnya.

Setelah melihat rakaman video itu, Joey mengakui sudah mengetahui punca beliau sering berasa seperti sedang diperhatian ketika tidur dan saat berada di rumah.

"Perkara itu hanya berlaku sekitar 20 saat sahaja. Kebetulan waktu itu saya keluar dari tandas dan berjalan di tempat 'wanita' itu berdiri.

"Selain seram, ia juga agak mengujakan kerana jika berpeluang untuk bertemu dengannya lagi, saya ingin bertanya beberapa soalan," terang berseloroh.

Bagi individu yang berada Islam, adalah wajib bagi kita mempercayai tentang kewujudan perkara ghaib seperti syurga, neraka dan hari pembalasan atau hari kiamat.

Dalam al-Quran menerusi Surah al-Naml, ayat 17 ada menyebutkan tentang jin yang menjadi tentera Nabi Sulaiman.

Begitu juga dalam surah al-A'raf menerusi ayat 27 yang ada menjelaskan bahawa sesungguhnya syaitan dan kaumnya boleh melihat keadaan manusia sementera berbeza pula dengan manusia.

Oleh itu, mohon perlindungan daripada ALLAH dan memperbanyakkan ibadah.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang