SEKARANG ini, nilai duit RM50 pun tak cukup nak beli pek barangan dapur disebabkan harga semakin naik.

Kalau dibandingkan dulu, dengan jumlah itu boleh penuh beg plastik dengan beras, minyak dan lain-lain.

Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi kesan kepada orang ramai khususnya yang ada anak ramai dan bergaji kecil.

Boleh jadi disebabkan bebanan yang dihadapi rakyat, sebuah pasar di Pondok Kopi Jaktim, Kecamatan Duren Sawit, Jakarta Timur menawarkan pek Ramadan murah kepada pengunjungnya.

Lapor Kompas, lokasi jualan yang dikenali dengan nama pasar murah itu terkenal dengan pek ‘Pak Rahmat’ yang dijual serendah harga IND50,000 (RM14.80).

set barangan dapur murah

Eh! Kita kat Malaysia, popular dengan perkataan ‘rahmah’, mereka ‘rahmat’ pula.

Bukan satu tapi terdapat lapan opsyen bungkusan yang lengkap dengan barangan asas seperti 2.5 kilogram beras, 125 gram (g) sos tomato, kicap (60 liter) dan 250 g tepung.

Setiap beg dijual dengan isi yang berbeza tetapi semuanya ditawarkan pada nilai bermula IND50,000 (RM14.82) hingga IND150,000 (RM44.47).

set barangan dapur murah

Lagi tinggi nilainya, lagi banyak barang di dalam beg tersebut.

Semua pek berkenaan dijual mengikut keperluan pengunjung yang memerlukan bahan kering pada harga lebih berbaloi.

Baca juga Jakel rasmi gedung baharu, lancar kempen Jualan Rahmah. Harga murah, kualiti diutamakan

Sebelum ini, pasar yang beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dibuka di tempat tertentu sahaja.

set barangan dapur murah

Sejak diperkenalkan pada tahun lepas, pasar murah itu dah ada di lokasi tumpuan ramai.

Ia bertujuan memberi peluang kepada para ibu berbelanja dengan lebih cermat.

Kurangkan beban orang miskin

Merujuk portal terkemuka itu lagi, sudah menjadi rutin kerajaan negara republik itu menganjurkan tempat jualan murah menjelang Aidilfitri.

Selain pek ‘Pak Rahmat’, terdapat beberapa item makanan lain yang dijual kepada pengunjung pada nilai yang lebih rendah juga.

Iklan

set barangan dapur murah

Sebagai contoh, cili merah, bawang, telur, minyak dan gula ditawarkan pada harga murah berbanding pasaran.

Mesti seronok orang kampung berbelanja barang dapur, sekurang-kurang beban mereka berkurang.

Baca juga Jualan Rahmah Shopee lebih berbaloi, rebut harga murah 50 peratus, siap baucar kedai untuk stok Ramadan

Di Malaysia pun tidak kurang juga hebatnya apabila terdapat pakej rahmah ditawarkan untuk set makanan waima baju raya pun! Semua orang dah tahu dah tentang hal ini.

set barangan dapur murah

Iklan

Apapun, paling penting berhemahlah sepanjang berbelanja di bulan Ramadan ini.

Sebab apa? Duit yang kita nak guna bukan setakat sambut Aidilfitri jer tapi kelangsungan hidup selepas itu.

Okey! Salam Ramadan semua.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.